Aku terlihat ibu V sedang bersandar di dinding lalu dia datang ke arah aku
"Ha nak cakap apa? Saya takde masa" katanya menyampah
"Aunty , aunty jangan salah faham tau? Saya bukan perempuan yang macam aunty fikirkan and saya tak kenal V di club or dimana-mana tempat kotor or tak suci tu . Saya sebenarnya P.A Tae" jelasku panjang lebar
Dia senyum sinis "heh ,kau ingat aku senang-senang je nak percaya kau? Hey! Dah banyak perempuan lah yang Tae bawa! Kau bukan yang pertama! Kau yang ke--" aku menyampuk
"Ya . Saya yang terakhir" tanpa aku sendiri sedar , butir permata terus membanjiri pipiku
Aku senyum sinis lalu mengelap air mataku
"Saya tahu berat untuk aunty terima perangai Tae sekarang but saya akan buktikan pada aunty yang saya ni perempuan yang berguna dan aunty pasti akan terima saya" aku senyum lalu ingin beredar pergi tetapi tanganku ditarik
Aku terkejut
Tiba-tiba , tanganku ditarik lalu tubuh kecilku dipeluk erat
Mataku terbeliak kerana terkejut dengan perbuatan Pn.Kim yang tadi membenciku tapi sekarang?
"Aunty bersyukur sangat sebab kamu muncul dalam keluarga kami" dia melepaskan pelukannya lalu memegang tanganku
Aku memandang anak matanya
"Kamu ibarat malaikat yang akan menyatukan keluarga aunty ....?"
"Rafa . Im Rafa"
"Ye , kamu malaikat yang akan menyatukan keluarga aunty , Rafa . Terima kasih . Aunty harap kamu boleh jagakan Tae untuk aunty ya? Jagakan suami aunty and maaf ye kalau aunty tak sempat tengok kamu dan Tae kahwin" dia memelukku
Aku pelik tetapi aku membalas kembali pelukannya
Aku menggosok belakangnya untuk menenangkannya
Aku melepaskan pelukanku
"Jom aunty , kita kendap si Tae tu" kataku lalu ketawa
Pn.Kim turut serta ketawa
Kami memulakan perjalanan untuk ke bilik tidur En.Park yang merupakan bapa tiri V
Pn.Kim ingin memasuki bilik tidur itu tetapi aku menghalangnya
"Aunty jom tengok dulu kasih sayang V kat appa tiri dia" aku sengih nakal
Pn.Kim mencuit pinggangku lalu gelak kecil
Aku turut gelak
Aku memberi isyarat untuk mengendap V
Aku mengendap-ngendap dari tepi pintu
Pn.Kim juga mengikut perbuatanku
Kami melihat V sedang menjelung kain lembap di atas kepala En.Park
Aku memandang Pn.Kim lalu senyum
Pn.Kim juga senyum
Hampir menangis dibuatnya kerana melihat keikhlasan hati anaknya yang ego
"Jomlah masuk aunty" ajak aku
Pn.Kim hanya senyum
Kami berdua terus memasuki bilik tidur itu tanpa mengetuk pintu
Kelihatan V sedang kelam-kabut mengemas barang yang digunanya tadi
V berdehem-dehem
"Dah siap? Jomlah balik , chagi" V datang mendekatiku lalu menarik tanganku
YOU ARE READING
Love You , Mr.CEO ; (Kth)
RomanceMengisahkan seorang wanita (Rafa) yang periang dan abangnya(Chan) telah memintanya untuk menolong abangnya untuk menjadi seorang waitress di kafenya . Setelah dia bekerja di kafe , dia terjumpa seorang lelaki (Taehyung) yang merupakan seorang CEO te...