Nama?

22 1 1
                                    

Taehyung's P.O.V

"Taehyung-ah, kawan kamu dah tunggu kat bawah cepat turun nanti lambat ke sekolah" Jerit eomma.

"Ye eomma, otw tengah cari barang." Tipuku yang baru bangun tidur.

Aku masuk bilik air hanya memberus gigi dan mencuci muka. Cepat2 aku sarung baju sekolah dan turun ke bawah.

"Awalla datang rumah aku." Kataku kepada rakan karibku jimin.

"Eh mestillah takkan kau lupa kot harini hari apa?" Katanya sambil menolak lenganku.

Hari ini hari pertama sekolah. Tak lama lagi kita nak tamat sekolah dan masuk kolej. Itu pun kalau la kami dapat.

"Eomma kami gerak dulu" kataku sambil keluar rumah.

Sedang kami berdua berbasikal ke sekolah, kami ternampak kereta guru displin kami. En Choo.

"Weh chim, kau nampak tak apa aku nampak?" Soalku.

"Tunggu apa lagi tae, kereta tu bukan selamanya akan ada kat situ...kecuali kita buat sesuatu.." jawab jimin. Untung aku dapat member sekepala.

[kat sekolah]

Aku dan jimin sedang bermain bola keranjang, kami ternampak en choo memasuki sekolah dengan berpeluh.

"En. Choo, wah pagi2 ke sekolah dah bersenam ye!" Usikku.

"Haah ni mesti sebab tayar kereta cikgu dah pancit tu pasal baru nak bersenam ke sekolah." Kata jimin terlalu jelas perbuatan kita tadi.

Haih memang dia dan aku sekepala, tapi tak semulut.

"Kamu berdua, bilik displin sekarang!"

(Depan bilik displin)

"Erghhmm" tahanku di rotan di bahagian punggung.

"Hari pertama dah buat hal! (Pom) tak de keje nak pancitkan tayar orang (pom) tau benda tu salah tapi dibuat lagi (pom)" bebel guruku sambil merotan kami berdua.

'Haih aku dah naik bosan la jugak, setiap hari buat masalah je gi bilik displin. Nak kacau budak pompuan pon, bosan gak dah semua minat aku.'

Sedang kami dirotan, pintu pejabat dibuka. Mula2 aku memang tanak hiraukan tetapi mataku menangkap sesuatu disebalik kerani tersebut.

Seorang gadis yang tak pernahku lihat kelibatnya di sekolah ini. Mukanya comel

"Lee areum?" Panggil seorang guruku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Lee areum?" Panggil seorang guruku.

Areum? Jarang aku jumpa gadis bernama areum.

Dia berlalu pergi, sambil itu dia usya diriku. Aku senyum nakal padanya. Dia menjeling.

"Oh yeoboseyo? Ye sayang, saya dekat sekolah ni..." jawab guru displinku sambil meninggalkan kami.

"Weh jom" kata jimin mengisyaratkan peluang untuk balik ke kelas. "Kau gerak lu" kataku. Jimin mengangguk lalu beredar.

"Anyeong pelajar baru" ucapku sambil menonggeng. Dia menjeling.

Aku berdiri lalu bersandar di dinding.

"Areum? Jarang aku jumpa nama tu. Btw aku taehyung, jejaka paling tampan di sekolah."

"Taehyung? Mana dapat nama tu? Oh mesti fam awak tak ada idea so dia nampak air teh pakcik awak. Tu yang nama teahyung kan?" katanya sambil senyum sinis kemudian mengelak pandangan semula.

"Yah budak baru..."

"Seluar awak terkoyak, zip awak tak tutup, and yes saya boleh nampak spender pikachu awak." Katanya sambil mengisi borang maklumat peribadi.

Aku ambil beg sekolahku lalu menutup bahagian terkoyak tu. Aku pun keluar dari situ.

Promise -kth-Where stories live. Discover now