"Cyderrella!"
Aku menguap buat kali terakhir sebelum bangun dari pembaringanku. Bimbang dimarahi Permaisuri, aku lantas mengambil tualaku dan bersiram di kolam mandi.
Selesai menyarung gaun biru yang dihiasi permata-permata kecil, aku letakkan pula tiara berwarna perak di atas rambutku. Mendiang bondaku selalu berkata bahawa aku mempunyai tiara yang paling cantik di kalangan semua puteri di dunia ini.
Aku lihat pantulan wajahku di cermin. Kulit yang putih bersih dan rambut berwarna kekuningan memang sesuai dengan wajahku. Mendiang bonda juga berkata mungkin aku adalah puteri tercantik di dunia!
Sudah menjadi rutinku, seusai aku bersiap, aku akan berdiri di balkoni kamarku sambil merenung Kerajaan Wisney.
Dari balkoni kamarku, aku dapat melihat ragam rakyat jelata yang bekerja di pasar Kota Wisney.
Dari jauh, aku dapat lihat dia.
Dia yang selalu aku perhatikan sejak berpurnama lamanya.
Kalau gadis marhaen berangan nak bersuamikan putera raja, namun bukan bagi aku.
Aku nak bersuamikan dia.
Dia yang aku langsung tak tahu nama.Kalau aku boleh keluar dari istana nanti, perkara pertama yang aku akan buat adalah tanya nama si dia!
Sedang asyik aku berangan, aku terdengar namaku dipanggil.
"Tuan puteri, Raja dan Permaisuri ingin berjumpa dengan tuan puteri,"
"Baiklah,"
Aku berlari anak menuruni tangga untuk ke kamar ayahandaku. Buka sahaja pintu kamar ayahandaku, aku disambut dengan jelingan Permaisuri Shanice, ibu tiriku.
"Cyderrella,"
"Iya ayahanda," Aku menundukkan kepala sambil menyilangkan kedua kakiku.
"Ayahanda akan berangkat ke Kerajaan Houston sebentar lagi. Jadi, ayahanda akan tinggalkan kamu bersama Bonda Shanice,"
Aku tersenyum lebar. Maknanya aku boleh menyelinap keluar dari istana malam ini juga!
"Dan jangan terfikir untuk menyelinap keluar dari istana lagi!" Ayahanda memandang tajam ke arah aku.
Ya, sudah banyak kali aku cuba curi-curi keluar dari istana, namun sekali pun tidak berhasil. Ini semua kerana kelalaian aku. Aku ditangkap oleh pengawal istana ketika ingin memanjat tembok istana tanpa mengetahui di sebalik tembok itu terdapat beberapa orang pengawal lagi.
Ah, aku puteri yang bodoh!
Tetapi demi lelaki berambut perang itu, aku sanggup untuk menyelinap keluar dari istana lagi.
Malam itu, aku sudah bersedia untuk keluar dari istana. Gaun biru muda yang labuh aku angkat sedikit. Aku lihat peta yang sudah aku lukis di atas kertas. Peta itu menujukkan tempat di mana pengawal istana akan berkawal. Oleh kerana sudah banyak kali aku cuba menyelinap keluar dari istana,jadi aku sudah menghafal jadual pengawal istana.
Dengan hembusan nafas yang pertama,aku keluar melalui tingkap kamarku. Aku memegang erat simpulan kain yang telah aku ikat pada kaki katil untuk dijadikan sebagai tali untuk turun ke laman bawah.
Aku lantas membuka sepatuku dan berjalan perlahan-lahan ke arah taman bunga istana. Sampai sahaja di tembok istana, aku mengambil batu yang agak besar saiznya untuk membantu aku memanjat tembok itu.
Dan aku berjaya.
Langit yang kian cerah membuatkan aku mempercepatkan langkah untuk ke Kota Wisney.
YOU ARE READING
Once Upon A Time (One Shot)
Short StoryWhat if I told you a story? Aku teringin nak keluar dari penjara mewah ni. Aku inginkan kebebasan. Aku teringin untuk hirup udara segar di hujung kampung Kota Wisney. Aku juga ingin teman yang sudi berbual dengan aku.Tapi aku tahu, aku tak boleh la...