2

140 8 0
                                    

Air mata Seokjin tak henti-henti mengalir sejak pertemuan petang tadi. Dia langsung tidak menyangka pertemuannya dengan jaejoong adalah pertemuan terakhir kerana ikatan pertunangan mereka telah Jaejoong putuskan. 

FLASHBACK POV

“jin , Hyung harap apa yang akan a sampaikan kejap lagi, jin dapat terima sepenuhnya. Hyung dah pun buat keputusan dan ianya muktamad” ujar Jaejoong memulakan bicara. 

“Ada apa Hyung?” tanya Seokjin penuh hairan. 

“Straight to the point, sebenarnya hyung nak putuskan pertunangan kita. Maafkan hyung, Seokjin . Hyung tak dapat teruskan hubungan ni. Kita berdua jauh bezanya..” luah jaejoong tanpa sedikit pun menoleh ke arah Seokjin . Hatinya sedih melihat riak wajah Seokjin namun apakan daya, dia tidak mampu lagi untuk terus memaksa dirinya menyintai wanita di sebelahnya. 

“hyung, you’re just kidding, right?” ujar Seokjin mula sebak. Air mata sudah bertakung, menanti untuk mengalir ke pipi. 

“mianhe, Seokjin“ 

“Senang Hyung minta maaf. Habis, macam mana persiapan perkahwinan yang kita berdua sedang lakukan sekarang?” 

“Kita cancel je..” 

“Mudah betul hyung buat keputusan tanpa berbincang dulu dengan Seokjin ..” ujar Seokjin lemah. 

“Hyung betul-betul minta maaf” 

“Hyung, boleh jin tahu apa kesalahan yang jin dah lakukan hingga Hyung buat keputusan sebegini?” Seokjin sangat sebak memikirkan kekurangan yang ada pada dirinya, membuatkan Jaejoong mula tawar hati dengannya. 

“Biarkan perkara tu hyung simpan sendiri. Hyung tak nak mengeruhkan lagi keadaan” Seokjin benar-benar kecewa mendengar jawapan dari mulut Jaejoong . Saat itu juga, Seokjin berlari meninggalkan Jaejoong . Tanpa dia sedari, ada sepasang mata sedang memerhatikannya. 





“Kau apa hal buat macam tu kat Seokjin ? Aku tahu la kau tu tunang dia, tapi kau tak boleh sesuka hati kecewakan dia sampai macam ni sekali. Aku tak boleh terima!” jerit Namjoon . Dia terus mendapatkan Jaejoong selepas melihat Seokjin berlari pergi dengan air mata. 

“mianhe. Biarkan soal ni antara aku dan Seokjin saja yang tahu. Kau tak perlu la masuk campur” jawab jaejoong dengan wajah tenang. 

“Kau!” tanpa sempat Jaejoong mengelak, satu tumbukan padu daripada Namjoon tepat mengena di wajahnya. 

Jaejoong memandang Namjoon dengan mata yang tajam dan wajah yang sudah merah menahan marah. 

“Kau dengan Seokjin sama je. Brutal! Seokjin tu memang tak layak la dengan aku, kau tahu tak?!” jerit Jaejoong dengan lantang. 

“Kalau ye pun Seokjin tu brutal, kenapa kau tetap nak tunang dengan dia dulu?!” Jaejoong mula menunduk. 

“Aku fikirkan lepas kami tunang, dia akan berubah jadi lebih lemah-lembut. Rupanya aku silap. Aku..” 

“Kau takkan dapat ubah dia, Jaejoong !” celah Namjoon tanpa sempat Jaejoong menyambung kata-katanya. 

“Walaupun Seokjin tu nampak brutal, tapi dia tu baik, ada perasaan! Bukan macam kau! Berlagak je lebih! Selama ni kau buta agaknya! Tak dapat nilai Seokjin betul-betul! Menyesal aku sokong dia bertunang dengan kau dulu!” Namjoon benar-benar marah mendengar alasan dari mulut jaejoong . Tanpa banyak bicara lagi, Namjoon pun melangkah pergi dengan hati yang sebal. 

“Aku tak dapat maafkan kau, Jaejoong . Kau dah buat Seokjin kecewa dan menderita..” 

my lovely gangsterWhere stories live. Discover now