senyuman itu, senyuman penuh erti, Namun ingatkah dikau saat kaki melangkah dengan keterpaksaan, hati penuh dengan keraguan dan resah yang kau persoalkan setiap hari? Ingatkah saat kau hampir rebah, menyalahkan takdir yang kau sendiri pilih? Mungkin waktu itu kau masih belum cukup faham permainan takdir sedangkan kau sendiri tahu kenapa ia terjadi. Syukur, kau masih terjaga, masih ingat kenapa kau berada di landasan ini dan terima kasih kerana masih teguh saat semuanya makin kabur. Kau mampu, itu yang kau ucapkan setiap hari, ya kau mampu, kau buktikan yang kau sememangnya mampu saat senyuman kedua insan itu terbit dan memadam segala apa yang kau resahkan selama ini. Itu, senyuman itu, senyuman itu yang ku nantikan. Terima kasih wahai diri, kau hebat :)
YOU ARE READING
contengConteng
Randomjangan baca kalau kau mudah bosan.unless kalau kau tengah meroyan takde cerita nak baca, nahh , cerita ni sesuai sebagai pilihan terakhir kau. Amaran, typo banyak disusuli dengan fakta auta aku. Harap korang tabah. Kekadang tajuk pon tak sesuai deng...