Lee Soon Jae (Datuk)
eorang datuk yang sangat penyayang, sebut sahaja apa yang diinginkan pasti akan dikabulkan permintaan cucu cucunya. Sangat suka menyakat cucu cucunya terutama Sunny, cucu kesayangannya memandangkan Sunny adalah satu satunya cucu perempuan yang dia ada.
"Kau ada berhubung dengan Lee Seo Jin?" Usik Datuk Lee kepada cucu perempuannya.
"Untuk apa Sunny berhubung dengan guru sendiri. Perbezaan umur kami hampir 20 tahun.." Balas Sunny dan datuknya hanya ketawa melihat wajah cucunya.
Yoon Yuh Jung (Nenek)alaupun umurnya sudah mencecah 72 tahun,namun beliau sangat suka berfesyen dan gaya fesyennya tidak kalah seperti orang muda. Sangat penyayang dan sangat romantik dengan suaminya Lee Soon Jae.
"Bagaimana dengan penampilan nenek?" Tanya Nenek Lee sambil membuat gaya di hadapannya Mark,cucu bongsunya. Mark mengangkat ibu jarinya lalu tersenyum.
"Nenek lebih cantik daripada Kak Sunny..." Kata kata Mark membuatkan Sunny memukul kepala adik lelakinya. Saban hari Mark semakin berani untuk mengutuknya.
"Tentulah. Kakakmu itu tidak pandai berfesyen. Fashion terrorist..." Usik Nenek Lee.
"Arhhh nenek!!!!!" Sunny tidak berpuas hati dengan layanan neneknya.
YOU ARE READING
Kegilaan Keluarga Lee
HumorKisah ini menceritakan tentang kegilaan sebuah keluarga yang dipanggil Keluarga Lee. Bermula dari si datuk menular sehingga kepada si bongsu dalam keluarga. Setiap hari,pasti ada sahaja adegan yang akan mencuit hati jiran tetangga mereka.