Taruhan

727 25 10
                                    

Kirah bermain-main dengan penselnya sambil matanya tertangkap pada suatu kejadian yang melibatkan kaumnya berhampiran dengan ‘bus-stop’ yang dia duduki.  Gadis-gadis berbaju kurung itu tengkar kerana rebutkan seorang lelaki. Lelaki itu hanya duduk sambil perhatikan sahaja gelagat teman-teman wanitanya berkelahi sampai bertarik tudung. Kirah hampir terbangun lalu duduk semula dengan senyuman sinis, “Perlukah macam tu sekali?”. Sekali lagi dia leka bermain dengan penselnya. Apabila sebuah kereta menghampirinya, dia terus memikul begnya.

Kirah terlewat untuk kelas Matematik. Dia berlari sepantas kilat. Dia mendaki dua anak tangga sekali gus. Apabila dia sedang bergegas ke kelasnya. Tangannya dipegang. Kirah naik berang. “Oi!”. Dia menarik tangannya lalu berpusing ke belakang untuk melihat insan mana yang hendak dimarahinya.

“Maaf! Saya nak pulangkan buku awak. Awak tertinggal di ‘bus-stop’ tadi”, dia tersenyum. Kirah malu.

“Apa-apa sajalah”. Dia terus masuk ke kelasnya. Budak itu hanya tersenyum nakal.

Kirah tidak boleh kekal focus. Fikirannya melayang. “Sir, should we take a break? Something is distracted me”, cadang Yana, gadis yang duduk di sebelahnya. Guru Matematik mereka mengangguk dan memberi petunjuk iaitu tiga jari. “Apa masalah engkau?”, teguran Yana membuatnya terdiam. Dia berfikir sejenak.

“Tadi, aku ada marah kepada seorang abang ni sebab dia pegang tangan aku. Dahlah aku lambat. Rupa-rupanya dia nak pulang buku aku”. “Rasa bersalahlah ni?”, teka Yana. Kirah mengangguk. “Minta maaf dengan dia selepas balik tuisyen nanti. Selesai masalah”. Jawapan yang diberikan memang mudah. Kirah akhirnya setuju, “Takkan sebab satu kesilapan, aku korbankan Matematik aku? Memang takkanlah”. Dia menemui dirinya semula.

“Ermmm, abang, saya nak minta maaf dan terima kasih sebab bagi buku saya semula”. Ringkas. Pelajar lelaki itu memandangnya, “Takkan tu saja?”. Kirah terkejut. Ton suara itu berbeza. Ada unsur sarkastik di situ. Dia memegang erat tangan Yana. Takut.

“Jadi, engkau nak apa?”

“Nak engkau, boleh?”. Jawapan disertakan gelakan jahat.

Yana menarik Kirah berundur. Kirah memberi senyuman sinis, “Percaya pada aku”.

“Boleh. Engkau bayar kepada ibu bapa aku dan minta mereka resit perbelanjaan aku sejak lahir hingga sekarang”.

Pelajar lelaki itu terdiam.

Perbualan mereka terhenti apabila bapa Kirah datang menjemputnya.

“Penatlah baca buku, Yan”, dia membaringkan kepalanya dia atas meja. Sejak pukul 2.00 petang hingga sekarang, mereka masih berada di perpustakaan sekolah.

“Kalau nak cemerlang, kena rajin”, peril temannya membuatkannya semakin merungut.

Kirah berhenti membebel apabila pelajar lelaki semalam menemuinya.

“Kira, tolong saya”.

Kirah berpandangan dengan Yana.

“Tolong apa?” soal Yana yang penuh dengan sikap ingin tahu.

“Tolonglah bercinta dengan aku kalau tak aku kalah pertaruhan dengan mereka”

“Apa kaitan dengan aku?”

“Aku akan jadikan engkau popular”

“Yana, engkau Nampak apa-apa tak di muka aku?”

Yana menggeleng.

“Ada aku kisah”. Kirah terus mengheret Yana keluar dari perpustakaan dan meninggalkan pelajar lelaki itu sendirian.

“Jual mahal engkau, Kirah. Ni Faiz. Tiada siapa pernah tolak aku”

Faiz melancarkan serangan balas. Dia merancang beberapa strategi untuk mendapatkan jiwa gadis yang setahun lagi muda daripadanya.

Kring! Kring!

“Assalamaulaikum, nak cakap dengan siapa?” Nina, kakak Kirah menjawab panggilan.

Nama Kirah dilaung kuat. “Kirah, ada orang nak cakap dengan engkau?”.

Semasa gagang telefon bertukar tangan, Nina sempat mengusik adiknya, “Beritahu mak. Ada budak lelaki telefon engkau”. Kirah menjelir lidah. Siapa yang berani telefon dia.

“Hello!”

“Hai, sayang!”

Kirah beku. Dia terus menamatkan panggilan.

“Siapa yang bagi nombor telefon rumah aku pada Faiz?”, teriakan pada pagi persekolahan mengejutkan seluruh rakan sekelasnya. Matanya liar mencari penjenayah itu. Seorang gadis menghampirinya secara perlahan-lahan, “Kirah, aku minta maaf. Faiz kata Dyna yang minta”.

“Takkan Dyna minta? Guna otaklah. Budak HOT minta nombor budak NERD? Ada kaitan?”

Kawannya itu tertunduk.

Kirah berjumpa dengan Faiz.

“Berhenti ganggu aku”

“Bercinta dengan aku”

“Baiklah”. Secara rasminya Kirah bercinta buat kali pertama.

Faiz menghadiahkannya sebuah telefon bimbit.

Hubungan percintaan mereka yang pada mulanya kerana terpaksa kini semakin erat. Kirah dan Faiz sering menghabiskan masa bersama-sama. Hubungan Kirah dengan teman-temannya semakin renggang kerana mereka kurang meluangkan masa. Ketika rehat, datang ke sekolah dan balik dari sekolah , Kirah sering ditemani Faiz bukan seperti dahulu dengan Yana. Manakala jika mereka berada di rumah masing-masing, hanya kiriman mesej menjadi wakil. Yana kurang mendapat panggilan daripada Kirah.

Seminggu lagi, peperiksaan setengah tahun bakal menjelma. Kirah sedang khusyuk membuat ulangkaji di dalam biliknya sambil mendengar lagu yang kuat. Dia tidak dengar bunyi telefonnya menandakan terima mesej. Pada keesokan paginya, Faiz memarahinya.

“Lain kali, kalau aku mesej, balaslah.

Kirah mengangguk lemah. Yana perhatikan dengan penuh kehairanan. Tetapi, dipendamkan sahaja persoalannya. Dia tidak mahu mengganggu Kirah mengulangkaji pelajaran.

Keputusan peperiksaan dikeluarkan.Kirah dan Yana melompat kegirangan bersama-sama. Mereka menduduki tempat kelima teratas. Mereka wakil tunggal pelajar Melayu. Yana yang baru sahaja membeli makanan, duduk bersebelahan dengan Kirah. Kirah leka memandang sesuatu.

“Apa yang engkau tengok tu?”

Yana pun melihat kejadian yang disaksikan Kirah.

Kelihatan seorang pelajar lelaki dimarahi oleh seorang pelajar perempuan di depan umum.

“Engkau tahu apa yang paling memuaskan dalam hidup aku sekarang ni?”

Yana menggeleng.

“Berjaya menewaskan orang yang mahu menewaskan aku”.

Kirah berpandangan dengan Yana.

“Yan, aku minta maaf dengan engkau sebab abaikan engkau selama dua minggu ni. Sebenarnya aku tak mahu susahkan engkau. Dyna sebenarnya rancang nak kalahkan kita berdua. Tapi, dia tahu dia tak boleh kalahkan engkau. Jadi, dia pilih aku. Dia gunakan Faiz untuk menarik perhatian aku daripada belajar. Sebab tu Faiz marah aku apabila aku tak balas mesej dia. Cuba teka, siapa balas mesej dia masa aku belajar?”

“Kakak engkau?” jawab Yana.

Kirah mengangguk sambil tersenyum.

“Aku tak sangka rancangan aku dipermudahkan Allah SWT”.

“Kalau dah gila glamour, macam Dynalah jadinya. Macam mana engkau tahu tu rancangan Dyna?”

“ Kalau buka Arin yang bagi tahu aku pasal nombor telefon tu, aku tak boleh agak motif sebenar Faiz”

Mereka berdua tersenyum puas. “Aku takkan kalah kerana lelaki”bisik Kirah di dalam hati.

TaruhanWhere stories live. Discover now