Prolog

93 2 0
                                    

Aku merebahkan diriku ke atas katil dan memandang kearah tingkap. Fikiran aku mengharapkan diri aku dapat memutarkan masa, aku mahu kembali ke zaman sekolah menengah aku, pulangkan kembali si dia yang tlah menyayangi aku sepenuh hatinya. Dia cintakan aku, dia sanggup buat apa untuk melihat aku tersenyum kembali seperti biasa

" Kalau aku tak ikutkan hati aku, tak ikut apa yang aku rasa.. ego aku... mesti aku bahagia dengan si dia sekarang " kata alyssa kepada dirinya

Kenangan sekolah menengah, kenangan tentang seorang lelaki yang annoying yang sanggup buat apa untuk dirinya akan sentiasa berada di mindanya setiap malam sebelum tidur. Kelakuannya dan ego diri sendiri menyebabkan dirinya menangis keseorang di dalam bilik hampir setiap malam

" if only i could turn back the time, i will love you with all my heart Ashraff " berkata sambil teresak-esak menutup mata

Tapi 4 tahun sudah berlalu, si dia sudah bahagia bersama orang lain. Bersama orang yang menghargai dirinya lebih dari aku mampu dan aku patutnya gembira sebab dia akhirnya dapat merasakan kebahagiaan yang patut dirasai selama ini. Sikap aku terhadap dirinya membuatkan dia terluka, hanya dia seorang yang akan menelefon aku hampir setiap malam dan bertanya akan khabar ku, si dia yang akan sentiasa mengingatkan aku untuk tidak bersaing dengan kecantikan orang lain kerna aku mempunyai kecantikan yang tersendiri katanya. Aku seorang perempuan yang insecure, aku tidak pernah yakin dengan diri aku. Aku tidak pernah percaya diri aku cantik dan bila orang memuji aku hanya mampu senyum dan berkata terima kasih tetapi di dalam hati hanya tuhan sahaja tahu aku tidak menerima segala pujian yang telah diberikan oleh seorang manusia pun.

Kejadian 4 tahun ini masih menghantui aku, tindakan bodoh aku membuat aku sakit sekarang. Aku sakit asyik ditipu oleh lelaki, dipergunakan untuk memuaskan nafsu mereka sendiri seperti aku tidak mempunyai perasaan. Kalau la aku bertahan, aku abaikan perasaan benci dan mengabaikan kemahuanku kepada lelaki yang lebih tampan dari si dia aku takkan dipergunakan dan disakiti seperti ini.

Aku sayang dia, dari lubuk hatiku. Aku amat menyayangi dia, dia telah mengalirkan air mata jantannya merayu agar aku tidak meninggalkan dia tapi aku bodoh.. aku lambat menyadari akan kehadirannya, aku buta... aku pergi kepada lelaki yang hanya mahu pergunakan aku untuk nafsu. Kebencian terhadap diri aku membunuh cara aku berfikir.. lagu yang disukainya sedang bermain di dalam ruang bilik aku. Malam ini aku hanya mampu menangis dan memandang ke langit melihat bintang sambil mengatakan " kembalikan zaman sekolah menengah " kata alyssa kepada langit malam itu dengan air mata membasahi pipinya

Dengan menutup mulutnya dengan bantal Alyssa teriak sekuat hati berkata " Aku benci diri aku "

Separuh jiwaku Where stories live. Discover now