Asraf.

54 2 0
                                    

Aku tak pernah sangka lelaki sebaik ini akan hadir didalam hidup aku, dia membawa kebahagiaan yang aku tak pernah percaya aku akan dapat. Kewujudan dia di dalam hidup aku membuat aku bersemangat untuk menempuh hari aku setiap hari, dia banyak memberi aku semangat bila aku jatuh.. dia juga banyak memuji kecantikan aku di saat ramai berkata buruk tentang aku. Dia banyak dahulukan apa yang aku nak, apa yang aku rasa setiap hari.. dia mesti akan ada untuk mendengar tapi aku lupa dia juga punya perasaan dia juga tahu apa erti kesedihan tapi dia tak pernah tunjuk kepada aku dan aku juga bodoh sebab pentingkan diri. Aku fikir aku sahaja yang hanya ada masalah dan hidup aku menyedihkan sampai aku jadi pentingkan diri dan perasaan aku, tapi aku bodoh.. kalau aku sedar dan nampak kewujudan Asraf ini aku takkan sakit seperti ini. Aku rindu dia, sangat rindu sekarang ini dan kalau boleh aku nak betulkan kesalahan yang aku buat dekat dia.

Aku kenal Asraf dari sebuah app dan tempat tuition aku tapi masa tu aku tak pernah nampak dia sebab dia sangat nerd bagi aku, aku tak pernah terfikir aku akan jatuh cinta kepada orang seperti Asraf.. Asraf dulu sangat nerd haha tapi sekarang tidak lagi. Aku patut tahu manusia boleh berubah hati.. kalau aku tahu kesakitan tu boleh ubah perasaan seseorang tu atau boleh membuat dia trauma aku takkan pernah akan buat seperti ini kepada dia. Dulu aku dan Asraf berbeza class dan jugak aliran jadi class kami memang berbeza di tempat tuition, aku mula berkenalan dengan Asraf dari form 3 dan pada masa tu tahun untuk aku hadap PMR. Cara aku berkenalan dan tahu kewujudan Asraf adalah melalui sebuah app, masa tu aku ingat gambar dp dia gambar topi lambang wolfgang dan pada zaman itu dan di tempat aku wolfgang ni kira macam style. Dia add aku menggunakan gambar tu dan aku tertarik untuk approve dia sebabkan gambar itu tanpa mengetahui Ashraff ini adalah orang yang ada di tempat tuition aku, aku telah approve dia dan kami mulakan perbualan dan waktu itu tuhan sahaja tahu betapa baiknya makhluk ini padaku.. dia banyak nak tahu pasal aku tapi aku? Langsung taknak tahu pun pasal dia. Kami banyak borak kosong dan aku dan dia hanya akan berborak bila aku mahu tapi aku banyak ignore dia walaupun dia spam chat beribu kali

Tahun PMR aku waktu itu aku banyak class tuition dan boleh dikatakan kalau habis je waktu sekolah aku akan terus ke tempat tuition kerana class yang aku ambil memang dari tengahari sampai ke malam. Aku dulu suka menjeling orang dan aku pernah sekali menjeling dia, bodoh? Ya memang. Aku sangat sombong dan aku selalu buat hal aku.. perbualan aku dengan dia banyak sepatah sepatah tapi dia yang selalu tanya tentang aku kalau boleh dalam satu hari tu mesti nak tahu tentang aku. Aku jahat, sangat jahat dekat dia.. dulu dia suka spam chat dekat aku bila aku tak reply dia dan bagi aku sangat annoying benda tu, aku dulu selalu maki dia dan makian aku memang bukan biasa, aku menyumpah maki kepada dia dan dia? Dia hanya berdiam dan mintak maaf selalu kepada aku. Tetapi aku dulu kalau sedih, aku mesti akan cari dia.. dan dia akan selalu ada untuk aku. Selepas beberapa perbualan aku baru tahu dia satu tempat tuition dengan aku hehe

Semasa itu aku ada boyfriend, boyfriend aku duduk jauh dari aku dan dia orang thailand tapi menetap di KL.. Ashraff ni dia banyak dengar masalah aku dengan boyfriend aku dan luahan hati aku dan ada satu hari itu ada benda terjadi kepada aku dan satu hari itu aku telah meluahkan semua benda kepada dia.. aku menangis, meraung, menjerit semua kepada dia dan dia hanya diam dan mendengar.. selepas aku lega dia banyak menasihati aku dan membuat aku gembira dan dari situ aku mula untuk selalu membalas text dia tapi aku masih tidak tahu siapa dirinya.

Sepanjang nak PMR dia banyak berkongsi ilmu bersama aku dan dari situ dia mula ada perasaan kepada aku, mungkin.. tapi aku? Masih tiada perasaan setelah apa yang dia telah buat untuk aku. Asraf, dia pernah nangis untuk aku.. ya dia menangis teresak esak

" kenapa you tak pernah nampak i? Apa kurang diri i " katanya

Jujur dari hati aku, dia tiada kurang bagi aku. Aku yang bersalah sepanjang perkenalan aku dan dia, aku banyak mengikut hati dan perasaan yang tidak matang aku. Aku memberi dia kesakitan dan sebagai manusia memberi kesakitan kepada orang lain semestinya satu hari kita akan menerima balasan itu.. setiap kali aku bersama orang lain aku banyak mencari dirinya di dalam lelaki yang aku bertemu dan untuk aku tiada siapa yang mampu menjadi Asraf, hanya dia.

Maaf aku banyak lupa tentang dia dan aku.

Sepanjang perkenalan kami selama 8 tahun ini aku pernah cuba untuk bersama dengan dia, couple break couple. Sepanjang aku dengan dia aku banyak tipu hati dia, aku bersama dengan dia hanya untuk puaskan hati dia biar dia tak sedih tapi aku jugak menipu hati aku.. aku pada waktu itu tiada perasaan kepadanya tapi untuk memuaskan hati dia aku menerima dia. Tahun aku SPM dia masih bersama aku, mengajar dan belajar bersama dengan aku. Selepas habis SPM mungkin aku telah menyakiti dia terlalu dalam sampai dia sedar mungkin dia patut menerima orang yang lebih baik dari aku.. dia move on dari aku dan aku? Aku lambat sedar, sangat lambat. Beberapa bulan itu aku dapat tahu dia ada gf dan mereka sangat bahagia di mata aku, aku banyak nangis selepas itu. Aku cuba lepaskan dia dari hati aku tapi selama ini aku sedar dia memang ada di dalam hati aku cuma aku yang tak pernah sedar kewujudan dia, aku mengambil kesempatan keatas kebaikan dia kepada aku.

Dia tahu baik buruk aku, perangai sakit perut aku yang selalu nak pergi toilet. Aku rugi, rugi sebab aku lepaskan manusia yang baik seperti dia, dia kenal perangai aku dan pada aku dia boleh tahan dengan perangai bodoh aku.

Sepanjang aku bersama setiap lelaki, dia masih ada menunggu aku. Kalau aku tidak bodoh, aku tentu sudah bahagia bersama dia sekarang.

Aku sekarang sakit, setiap malam aku akan berfikir tentang dia. Tapi aku harus terima dia sudah bersama dengan orang lain dan aku bukan yang terbaik dalam hidup dia, aku sakit, jujur aku sakit sekarang dan aku telah terima balasan aku keatas kejahatan yang aku telah lakukan kepada dia. Aku akan selalu doakan kebahagiaan dia, aku akan selalu melihat dia dari jauh.. hati aku mahukan dia tapi aku tidak boleh betulkan keadaan sekarang. Aku benci diri aku, aku benci hati aku.. aku tak patut hadir dalam diri dia, aku hanya memberikan dia kesakitan sahaja selama ini.

Dia akan sentiasa ada di dalam hati aku, segala kenangan kami akan aku simpan dan ingat selalu. Aku sudah terima balasan aku sekarang..

Kebahagiaan wujud untuk orang seperti dia dan bukan untuk orang yang jahat seperti aku, dia mungkin lagi bahagia sekarang. Aku sudah putuskan hubungan aku bersama dia, aku block semua social media dia. Aku buang diri aku dari hidup dia.. sepanjang 8 tahun perkenalan ini akan aku kekal simpan di dalam hati aku. Gelak tawa kami, pergaduhan kecil yang aku suka buat dan perangai kami yang suka berfikir dan bertanya sampai menjadi pergaduhan akan sentiasa aku simpan. Dia adalah yang terbaik untuk aku dan malam ini adalah kali terakhir aku berhubung dengan dia. Selamat tinggal Asraf :)

" sometime its worth melting for someone "

Maaf, banyak lagi tentang dia. Mungkin sampai disini sahaja tentang dia, aku harus belajar untuk hidup tanpa dia sekarang.

Separuh jiwaku Where stories live. Discover now