BAB 3

0 0 0
                                    

SEWAKTU aku dan Sara tiba di majlis akad nikah Ridz di masjid, orang ramai sudahpun menunggu ketibaan pengantin. Kami tiba agak lambat kerana jalan sesak gara-gara ada kemalangan tak jauh dari kawasan ini. Aku dan Sara ambil tempat duduk di suatu sudut.
"Bila nak start ni beb?" aku melihat-lihat orang sekeliling. Baru aku nampak kelibat Ridz. Bersembang dengan wali pengantin perempuan rupanya. Wajah Ridz nampak resah.
"Manalah aku tahu. Pengantin perempuan tak muncul lagi. Macam mana nak start majlis," jawab Sara. Mata tak lepas pandang skrin telefon.
"Beb, kau rasa minah nerd tu lari dari majlis kahwin ke apa?" bisik aku.
Sara automatik pandang aku. Dia tahan gelak.
"Kalau betul minah nerd tu lari, rasa-rasa kena puting beliung lah majlis ni jawabnya."
Aku dan Sara gelak perlahan sambil tutup mulut.
"Tapikan beb, aku rasa minah nerd tu takkan lari lah. Dia suka Ridz sejak dulu kot." sangkal Sara.
"Aku cakap kalau okey. Cuba kau tengok sekeliling. Kalau kau perhatikan muka keluarga Ridz betul-betul, kau akan fikir sama macam aku. There's something wrong. Tengoklah kalau tak percaya."
Sara pandang wajah ahli keluarga Ridz.
"Haah lah beb. Suasana pun rasa lain macam kan?"
"Itulah aku cakap tadi. Muka Ridz pun macam stress je. Padan muka dia. Aku dah cakap dah. Dia memang lelaki yang paling malang sekali dalam alam semesta ni." bisik aku lagi. Sara gelak kecil.
Mulut aku ternyata masin saat ayah Ridz mengumumkan majlis akad nikah ni dibatalkan atas sebab-sebab tertentu. Aku dan Sara tahan gelak. Kami melekapkan tapak tangan bersama.
Semua tetamu keluar dari masjid berpusu-pusu. Masing-masing nampak kecewa. Aku dan Sara berusaha agar gelak kami tidak terburai di situ.
"Oii Anna Belle kau tunggu sekejap!"
Kaki aku membrek. Aku berpaling ke belakang. Wajah Ridz bengis menuju ke arah aku. Sara menyiku lengan aku.
"Kenapa?" aku buat muka biasa-biasa. "Kau sini sekejap!" Ridz menarik pergelangan tangan aku.
"Hoi sakitlah!"
"Ikut jelah aku!"
Aku membiarkan Ridz menarik aku. Sempat aku berikan isyarat mata kepada Sara supaya biarkan aku bercakap dengan Ridz. Sampai di suatu sudut dia menolak aku ke dinding.
"Sakitlah! Kau dah kenapa hah?!" aku membentak. Pergelangan tangan yang berbekas dipegang.
"Ini kerja kau kan?" tuduh Ridz. Wajah bengis bagai singa kelaparan.
"Hah? Apa yang kau merepek hah?"
"Jangan buat tak tahulah!" tengking Ridz. Aku lihat tangannya yang menggeletar.
"Aku kata aku tak tahu tak tahulah! Kau siapa nak tuduh-tuduh aku? Kau ada bukti ke hah?!"
"Ini kerja kau! Anis tak datang sebab kau kan?! Dari dulu lagi kau selalu buli dia. Kau selalu dengki dengan dia. Sekarang kau cakap. Aku nak dengar sendiri dari mulut kau. Apa yang kau dah buat pada dia hah?!"
"Aku tak buat apa-apalah! Kalau kau takda bukti jangan pandai-pandai nak tuduh aku!" kemarahan aku melonjak naik.
"Ridz..Ridz..kau tak nampak lagi ke? Dia mesti tinggalkan kau sebab ikut jantan lain," sinis aku.
"Kau diam! Kau takda hak nak cakap macam tu pada Anis!"
"Aku cakap benda yang aku rasa betul je. Tak nak percaya sudah. Aku tak paksa. Daripada kau buang masa tuduh benda yang aku tak buat, baik kau pergi cari pengantin perempuan kau yang dah lari tu. Betul tak?" aku silangkan tangan.
"Kau.." Ridz tunding jari ke arah aku. Dia menjerit kegeraman lantas berlalu pergi. Aku senyum sinis. Bagusnya drama hari ni. Dah macam drama pukul tujuh dah. Bagus. Aku tepuk tangan.
"Beb!" Sara meluru ke arah aku.
"Kau okey tak? Aku nak telefon polis dah tadi tau. Takut jugak aku kalau-kalau dia bunuh kau ke apa,"
"What? Bunuh? Hello, aku Bella la. Tiada siapa yang berani sentuh aku tau. Anyway, drama yang sangat bagus hari ni. Aku bagi sepuluh bintang!"
Aku dan Sara sama-sama gelak terbahak-bahak. Tak sia-sia aku datang. Dapat tengok drama percuma depan mata. Bukan selalu kan?
Untuk meraikan perkahwinan nerd-nerd yang tak jadi tu, aku buat keputusan untuk melepak di rumah Sara. Mama dan papa Sara memang tiada di rumah. Peluang yang terbaik sangat! Kami tengok televisyen dan makan-makan. Sekejap makan pizza, sekejap makan itu, makan ini. Tak pelik, aku dan Sara sejak azali lagi kuat makan. Nasib baik berat tak naik-naik.
"Beb, aku nak pergi atas sekejap tau. Nak ambil something. Kau tunggu
tau."
Aku angkat ibu jari. Mata tak lepas pamdang televisyen. Jajan disuap ke dalam mulut. Bosan menonton drama korea, aku mengalih siaran lain.
"Seorang lelaki tua ditemui meninggal di belakang sebuah restoran kerana ditikam. Polis mengesyaki.."
Aku tergamam mendengar berita tersebut. Alat kawalan jauh terlepas dari gengaman. Wajah pengemis itu terpampang di skrin televisyen.
Me..meningal? Pengemis tu meninggal? Wajah aku pucat. Aku tak tahu nak bereaksi. Sungguh aku terkejut. Aku bangun berdiri. Masih tergambar dalam kepala aku keadaan pengemis itu yang berlumuran darah tadi.
Serentak, lampu diseluruh rumah terpadam. Aku terjerit terkejut. Keadaan sangat gelap. Aku langsung tak nampak apa-apa. Aku meraba-raba mencari telefon sampai aku rasa hembusan nafas dibelakang tengkuk aku.
"Terkejut?"
Suara lelaki. Aku panik bercampur cemas. Dada aku berdebar kencang.
"Kau..kau siapa?" aku menggeletar.
"Malaikat pencabut nyawa kau!"
Zapp!
Aku dapat rasakan badan aku ditikam dengan benda tajam. Bukan sekali. Bukan dua kali. Tapi berkali-kali. Aku terjelepok di lantai. Mata aku tertutup. Mungkin buat selama-lamanya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 27, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

TRAPPEDWhere stories live. Discover now