PART 7

2.1K 45 0
                                    

PART 7

Tepat jam 10 malam, kami sampai di rumah Harisz. Urgh! Jammed jalan lagi tadi! Ish!

Harisz tolong angkat beg-beg saya semua. Yang saya pegang cuma patung teddybear purple yang hampir dengan saiz badan saya sama bantal busuk saya. Baju-baju semua, Harisz yang bawa. Peduli la dia! Dia yang beria mau bawa saya. Hmm!

Saya ikut ja langkah dia. Bila saya masuk di bilik dia, hmm wangi. Kemas. Tanpa segan silu, saya terus berbaring di katil dia sambil peluk teddybear. Dan akhirnya saya tertidur.

***********

Saya tersedar dari tidur apabila alarm hp saya berbunyi. Saya terus bangkit dari katil. Saya terkejut bila nampak saya bukan di dalam bilik saya. Saya tengok di sebelah saya, ada Harisz sedang tidur nyenyak, TANPA MEMAKAI BAJU!

Dengan pantas saya tengok badan saya. Huh! Nasib baik saya masih lengkap berpakaian. Saya baru sedar yang saya adalah isteri Harisz yang SAH!

Saya buka WhatsApp. Banyak orang yang ucap tahniah sama saya. Saya balas dengan emoji saja.

Kamu tertanya-tanya kah pasal orang yang mau langgar saya tu? Tu lelaki adalah ORANG SURUHAN Bella. Kamu terkejut? Saya pun pun terkejut. Saya pun tidak tau siapa sebenarnya Bella. Latar belakang keluarga dia pun saya tidak tau. Yang saya tau, nama dia saja.

Saya bangkit dari katil, terus pergi bathroom. Mau mandi. Selesai saya mandi, terus saya cari baju. Tapi tiada. Tinggal beg lagi. Bila saya buka almari, ohhhh di sini pula. Sudah kena susun cantik-cantik. Bra sama spander saya, semua sudah kena susun. Ish! Malu juga la saya, sebah Harisz nampak sudah semua baju-baju saya. Hahahaha!

Selesai saya pakai baju, saya pergi dapur, mau cari makanan. Bila saya buka peti sejuk... Omg!!! Tiada isi?!!! Saya ulang, TIADA ISI!!!

"Tiada makanan sini. Baru mau beli hari ni. Pergi lah bersiap. Baru kita jalan."

Harisz tiba-tiba bersuara di belakang saya. Dengan suara yang masih serak-serak gituu. Baru bangun kali.

"Okay."

Saya terus masuk bilik. Harisz pun ikut masuk, sebab di dalam bilik dia ada bathroom juga. Barang mandian dia semua di sana.

Saya ambil jeans ketat sama T-shirt putih dari almari, dan pakai. Saya tengok cermin. T-shirt tu terlalu jarang, jadi nampak lah baju dalam saya. So, saya buka balik dan pakai singlet.

Masa saya buka baju tu, ngam-ngam Harisz keluar dari bathroom. Automatik saya terteriak. Harisz terkeras di depan saya dalam beberapa saat.

Selepas saya cover badan saya, baru mata dia berkelip. Amboi! Sempat cuci mata ohh😒! Dia berdehem, baru tu dia pergi di almari dia. Hahahahah! Kedapatan😏! Harisz pun ikut saya pakai T-shirt putih. Ish!

Sebelum kami jalan, sempat lagi dia bagi makan tu kucing dia. Bodyguard dia, memang akan ikut pun. Hmm. Tapi diorang pakai baju biasa-biasa saja la. Takkan mau pakai kot hitam juga?

"Ehh! I forgot my phone. Tolong ambil dulu."

Saya mengangguk perlahan dan terus keluar dari kereta. Saya masuk bilik, dan terus ambil hp dia di atas meja. Tanpa sengaja, saya tertekan button ON. Terus hidup la tu hp. Wallpaper dia gambar satu perempuan sedang tidur sambil peluk teddybear purple. Kamu dapat agak kah siapa? YA! Saya lah tu. Entah bila masa dia ambil. Semalam kali.

Saya abaikan tu gambar. Mungkin datang gila dia mau pasang wallpaper hp dia guna gambar saya.

Bila sampai di mall, tanpa disuruh, saya terus ambil troli. Harisz ikut di belakang. Saya pergi di bahagian daging dulu. Selepas itu , baru sayur sama buah. Tepung, biskut, coffee 3in1, junk food, cookies, syampoo. Semua la bah saya kasi masuk troli. Kaya juga ba Harisz tu. Hahahaha!

𝐅𝐎𝐑𝐂𝐄𝐃 𝐌𝐀𝐑𝐑𝐈𝐀𝐆𝐄 ✔️ ( 𝑪𝑶𝑴𝑷𝑳𝑬𝑻𝑬𝑫 )Where stories live. Discover now