2. naik teksi?

5.4K 186 3
                                    


2.

Pagi ini aku bersiap ala kadar. sebenarnya hari ini aku cuti dan mahu jer aku tidur tanpa bangun. tapi semalam aku dapat call dari Ain yang ajak aku untuk teman dia cari baju kahwin.

ya, sejak Zaffran luahkan yang Ain dan dia bakal berkahwin dua minggu lalu terus aku diamkan diri.

aku kalau boleh tak mahu jumpa dia langsung. ada juga dia ajak lepak, tapi aku bagi macam² alasan.

pon !

" Ija, aku keluar jap. teman Ain beli barang." Ija atau namanya Khadeeja hanya mengiakan dari dapur.

aku sarung selipar biasa sebelum masuk ke dalam kereta Ain. Ain segak berbaju kemeja berwarna ungu dipadankan dengan seluar jeans ketat berwarna putih. cantik.

sedangkan aku hanya memakai tshirt lengan panjang berwarna biru gelap dipadankan dengan seluar jeans biasa. tudung bawal aku buat gaya biasa. silang kiri kanan.

" Una, kita singgah ambik Raff dulu tau. tadi dia call aku cakap kereta dia tak boleh start. " ujar Ain tanpa melihat ke arah aku. matanya fokus ke jalan raya.

" asal tak suruh dia naik teksi?"

" mamat tu nak naik teksi? hello, kau dengan dia bukan sehari dua kenal. tak kan tak tahu perangai dia macam mana? aku suruh jual kereta Satria bodoh dia tu, tapi tak nak. cakap pandai dengan aku ade la. pening dengan mamat tu sorang. macam mana la kau boleh tahan dengan perangai dia tu" bebelan Ain aku hanya mampu mendengar.

aku tergelak sendiri. teringat pulak dekat satria neo hitam milik Zaffran. kereta tu hadiah pemberian dari arwah Mama dia. jadi kau suruh la dia jual 10 juta pun belum tentu dia nak.

" kenapa warna hitam?"

" hitam itu menawan. macam anak mata kau. cantik"

" Wa. kau agak²kan warna biru muda sesuai tak untuk akad nikah?"

" ha? biru? aku rasa okey. kenapa?"

"kan? tapi Raff suruh aku pakai putih. yes aku tahu la putih tu warna suci tapi aku tak nak. bertekak juga la aku dengan dia dua hari lepas. last² aku cakap warna biru tu, dia cakap tanya pendapat kau macam mana. itu yang aku tanya ni "

aku hanya mengangguk sahaja. pakai la warna apa pun, korang yang nak kahwin bukan aku .

" so sebagai pengapit aku, kau kena pilih baju juga."

" serius la? weh aku money yilek la. "

" tu semua aku yang tanggung. jangan risau, kau kan kawan aku." aku hanya diam. melihat kesungguhan Ain jadi tak sampai hati aku nak tolak.

tak sedar kereta Ain sudah berhenti dihadapan rumah sewa Zaffran.

aku melangkah keluar dan mengambil tempat dibelakang, takkan aku nak duduk sebelah pemandu yang bakal di isi oleh Zaffran? sah² la ain yang duduk.

" hai Wa ! kau sihat?" teguran Zaffran aku balas dengan sengihan. sempat kepala aku angguk. dan Zaffran tersenyum sebelum masuk ke dalam kereta.

dan sepanjang perjalanan itu aku hanya diam. sekadar menjadi pendengar di antara Zaffran dan Ain.

sempat juga mata aku bertemu dengan mata Zaffran di cermin hadapan, sedar pandangan bertemu aku melarikan pandangan.

dah kenapa?

 Milik Dia Where stories live. Discover now