Bab 1

55 2 0
                                    

Bab 1

“ Wah...macam tak percaya lah, rasa macam dalam mimpi “, kata Aisha dengan nada teruja. Fatin hanya menggeleng melihat karenah kawannya yang telah dikenali sejak tingkatan empat lagi. “ Kenapa pulak tak percaya? Kan kita dah memang dekat sini ni mak cik. “, sambung Fatin dengan nada menjengkelkan yang sengaja di buat-buat. “ Ish! Kau ni memang potong stim betul lah Fatin”, protes Aisha. “ Apa pulak, dah memang kita dah di matrikulasi ni, dah memang kenyataan aku hanya mengukuhkan”, bidas Fatin dengan gaya pendebat. “Kalau dah memang pendebat nombor satu sekolah, begitulah sampai ke tua gamaknya”, kutuk Aisha dalam hati. “ Jom lah pegi dewan nanti kena marah pulak kalau lambat”, jawab Aisha tanda tidak mahu memperpanjangkan cerita tadi.

Nama aku Nur Aisha Batrisya. Glamor kan nama aku? Hehehe...saya gurau saja. Umur aku 18 tahun. Walaupun hari jadi aku belum sampai lagi. Aku asal Sabah, negeri di bawah bayu. So, tak heran lah kalau cara aku bercakap lain daripada yang lain. Aku anak tunggal dalam keluarga aku. Keluarga aku keluarga yang biasa-biasa jak. Kawan aku nama dia Fatin Az-Zahrah. Cantik kan nama dia, seindah yang empunya nama. Kadang-kadang aku rasa cemburu jugak dengan dia, dahlah cantik, pandai, kaya, semua serba-serbi lengkap. Tapi aku selalu ingatkan diri sendiri untuk bersyukur dengan apa yang ada sekarang dan selalu cuba untuk memperbaiki diri. Sebab Allah ciptakan semua manusia di dunia cantik dengan cara yang tersendiri.

“Oi! Mengelamun lagi pulak ni budak. Sudah-sudah lah tu teringatkan cik abang, macam tak biasa”, usik Fatin. “Ish...kau ni Fatin sembarangan jak lau bercakap. Aku mana ada cik abang. Lagi pun mana ada aku menghayal, aku tengah tengok orang di tepi tu lah. Cantik tudung yang dia pakai.”, balas aku. “Jadi si Khai tu kau mahu lempar pergi mana? Longkang?”, tanya Fatin. “Aik, apa pulak kaitan dia dengan cerita kita sekarang ni?”, aku bertanya dengan muka berkerut-kerut. “Kalau iya pun muka tu tak payahlah di kerut-kerutkan. Kasi tagang(tegang) balik itu muka, jelek betul aku tengok sudah. Kan kau tengah couple dengan dia dari masa sekolah dulu, so tak heran lah lau kau termenung teringatkan dia.”, jawab Fatin dengan nada menyampah. “Ish mana ada! Kami kawan jak lah. Memang lah kami nampak lebih rapat, sebab kami kenal dari sekolah rendah lagi ok! Aku tahu lah aku ni tak cantik. Kau tak payah cakap pun aku tahu hakikat itu.”, balasku dengan nada sedih yang dibuat-buat. “Tengok tu..aku baru cakap macam gitu dah ambil hati, ambil jantung boleh lah, senang sikit aku nak pujuk. Hehehe”, sengih Fatin. “Hmm..malaslah aku mahu layan kau ni Fatin, buang karen jak”, balasku kepadanya.

“Lucky I’m in love with my bestfriend”

“Lucky to have been where I have been”

“Lucky to be coming home again Oooh ooh ooh”, Fatin tiba-tiba menyanyi untuk menambahkan lagi bengang Aisha kepadanya. “Datang sudah gila ini budak, wayar mana lagi yang putus di otaknya ni?”, aku berkata dengan nada menyampah tahap gaban. Fatin hanya tersengih macam orang bodoh melihat muka aku yang cemberut.

Tiba-tiba salah seorang fasilitator lelaki naik ke atas pentas. “Assalamualaikum dan salam sejahtera. Minta semua pelajar untuk bagi perhatian pada apa yang saya akan cakap sekejap lagi. Saya tidak mahu ada yang menulis ataupun buat benda lain, saya mahu kamu hanya dengar dan ingat semua benda ni dalam kepala otak kamu. Faham!”, semua pelajar menjawab faham dengan serentak.”Uish, garangnya abang fasi ni”, bisik Fatin kepada Aisha. “Shhh, diamlah! Nanti kalau kita kena nampak oleh fasi lain habis kita kena marah”, marahku. Fatin hanya menjeling geram kepada Aisha. “Orang cakap jak pun tidak boleh”, rajuk Fatin. Selepas diberi sedikit taklimat tentang minggu orentasi dan juga segala peraturan dan larangan, kami dibenarkan balik ke bilik masing-masing untuk membersihkan diri dan bersiap untuk ke surau untuk solat maghrib dan isya’ berjemaah. Setelah habis sembahyang kami terus bergegas ke dewan untuk acara seterusnya diiringi dengan jeritan para fasilitator yang menyuruh kami untuk bergerak dengan pantas kalau tidak mahu di denda. Ramai yang datang tepat pada waktu tetapi ada segelintir yang sengaja berlambat-lambat ke dewan dengan alasan baru sahaja habis menunaikan solat, padahal solat dilakukan secara berjemaah. Nasib baik kami tidak didenda. Kononnya mereka bagi chance dengan kami sebab baru malam pertama, tapi kalau lain kali sudah tiada alasan. Hari demi hari berlalu sudah seminggu kami berorentasi dan akhirnya sampai ke penghujung.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 12, 2014 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Bila Pintu Hati DiketukWhere stories live. Discover now