Mau cari apa ?
Perawan atau janda ?
Walau ke ujung dunia takkan ada yang sempurnaMau cari apa ?
Jejaka atau duda ?
Sempurnakan lah dia dengan cinta dengan cintaAku mencapai telefon bimbit yang berbunyi menandakan jam telah menginjak ke angka 6pagi.
button 'dismiss' aku tekan dan campak telefonku disebelah. aku menggeliat merenggangkan urat saraf dan bangun mencapai tuala untuk mandi dan berwuduk.
selesai solat, aku berjalan menuju ke bilik yang terletaknya tudung, pakaian luar dalam, kasut, handbag dan berbagai lagi barangan wanita didalam bilik itu.
aku mengenakan 'shawl malas' berwarna coklat, kemeja putih, seluar slack hitam dan makeup yang tipis. tak lupa juga, aku mencapai heels 4inci berwarna coklat gelap.
takkan nak pakai kasut siap siap dalam rumah? mama kalau dah mula membebel, bergegar rumah banglo 3tingkat ni. botak kepala papa nanti nak bina banglo baru . ehekk
aku berjalan kearah lif. terasa malas lah pulak nak guna tangga. bilik aku dah la ditingkat 3!
lif terbuka apabila sampai di tingkat satu. kelihatan mama sedang menuang air milo ke dalam cawan. papa masih diatas rasanya. aku berjalan menuju ke pintu utama untuk meletakkan heels kemudian menuju ke meja makan.
"morning, mama!" sapaanku.
"morning, Piaa" sambut mama.
okay nama aku, Nadia Syafiah. hanya family aku sahaja memanggil Piaa. kawan kawan aku panggil Syaf. aku mempunyai dua orang adik beradik dan aku anak kedua. abang aku bernama Aidan Shah.
nama aku dengan abang sama ja. cuma terbalikkan sikit. Nadia, Aidan. hehehe . aku berumur 21tahun dan abang aku berumur 23 .
Aidan Shah menuruni anak tangga sambil menyinsing lengan baju kemeja sampai ke paras bahu. eh? HAHAHA sampai siku jela.
panjang pun umur dia. aku baru introduce himself , terus dia mencul. rajin dia guna tangga. padahal bilik tingkat 3 sama dengan aku. heh, tkkisah la -,-
"serious lah kau makan nasi goreng dah dua pinggan? roti bakar lagi? ee patutla takda orang nak kat kau. sebab kau tu gemukkk!" apabila abang aku buka mulut be like -_-
"abang! jaga sikit mulut tu eh. adik sumbat dengan cili padi ni baru tahu. suka hati je cakap adik. abang tu, dah tua tapi still takda girlfriend pahal ? tak laku la tu tkda orang nakkan dia. kalau ada pun, mesti perempuan tu malang nasib dia sebab kenal dengan abang" ingat aku nak berdiam diri ? bukan Nadia Syafiah la kalau tak melawan kata kata abang aku tuu.
"Shah, Piaa, sudah la tu. depan rezeki tak baik bertekak. Shah pun, sehari tak usik adik tu tak tenang hari hari Shah agaknya. masing masing dah besar, tapi perangai budak budak. mama pun kadang kadang confuse , anak anak mama ni kecil dan tak besar besar ke ?" ha tu Puan Sarah dah buka tirai majlis tazkirah . meja makan yang tadinya riuh terus senyap sepi.
ha tu baru penangan Puan Sarah. aku dengan abang menikmati makanan masing masing. tak lama kemudian, papa pun muncul di meja makan.
"senyap sepi ni kenapa ? selalunya riuh dengan kamu berdua bertekak Shah usik adik" soal papa.
aku mendekatkan bibir ku ketelinga papa lalu membisik.
"baru bertekak kejap, ratu singa da keluar cari mangsa. itu yang adik dengan abang diam terus. takut kena telan dengan ratu singa"
YOU ARE READING
SOULMATE .
Randomtak pandai nak desc cerita ni macam mana. sebab kalau desc nanti jalan cerita taksama. so kalau nak tau, baca la eh >< start 11march19