BaB 6

279 20 1
                                    


    Tiket wayang ditangan Damien pandang.Tertera di situ 'Ejen Ali The Movie' .Betul ke pilihan dia untuk melihat cerita Ejen Ali yang tengah popular sekarang?

Ikutkan pilihan dia dan Amran sebelum keluar tadi,mereka mahu lihat movie horor dari negara luar. Tapi dipangkah sekerasnya oleh Aeisya,kakak sabahatnya itu.

Katanya 'support lah sikit movie melayu kita.Negara kita.Bukannya support movie luar.Apa yang best sangat dengan movie luar tu berbanding movie negara kita? Movie negara kita juga power power juga tau!'.

Masalahnya pada dia dan Amran adalah yang menjadi pilihan Aeisya ialah movie kartun melayu. Bukannya movie macam Paskal dan Misteri Delaila tu!

Pening juga dia lihat Amran tadi dengan telatah Aeisya yang seakan kebudak-budakan itu.

Satu keluhan kecil keluar dari mulut Damien.'Ikutkan je lah.Yang penting aku enjoy ini hari sepuasnya!' Jerit hati kecilnya dan melangkah mengikuti Amran dan Aeisya yang sudah mulai melangkah masuk ke dalam panggung wayang.

Keluar sahaja dari panggung wayang,lantas mata yang masih lagi berair Aeisya lap menggunakan hujung lengan bajunya.Huwaaa tak sangka cerita kartun pun boleh membuatkannya menangis macam budak kecik.

"Nah ambik lah lap hidung awak yang berair tu." tisu dikeluarkan dari poket seluarnya lalu Damien hulurkan pada Aeisya.Puncak hidung Aeisya yang memerah itu membuatkan Aeisya nampak comel pada pandangan matanya.Gila kau Damien.

"Best ke? Aku tengok biasa je cerita tadi.Lagi syok kalau tengok movie horor macam cerita Nun tu." Ujar Amran perlahan.

"Apa dia?!" Soal Aeisya tetiba.Dia rasa macam Amran berkatakan sesuatu tadi tapi tidak jelas pada pendengaran telinganya.Amran kutuk dia ke?

"Ehh tak ada pape lah.Amran kata 'best sangat-sangat' movie tadi.Rasa nak repeat buat kali kedua pula." Saja ayat 'best sangat-sangat' itu di tekankan dan dileretkan.Muka dipalingkan kearah lain dan muka minta penampar dibuat tanpa Aeisya sedar.

"Kalau macam tu jom lah kita beli tiket.Ada masa lagi ni nak repeat Ejen Ali The Movie buat kali kedua." Jam di tangan ditilik dan tubuh dipusingkan kebelakang mahu berpatah balik ke panggung wayang.

Segera pergelangan tangan Aeisya Amran sambar.

"No! Amran tak nak!"

"Jom lah kita pergi makan pula.Amran dengan Damien dah kebulur ni.Perut Damien tu dari tadi berbunyi minta di isi.Kan Damien kan? Kesian dia Kak Sya." Mata Amran kelipkan meminta pertolongan Damien.

"Err.."

"Betul ke Damien?"

"Be...."

"Betul!" Setelah kaki sebelah kirinya dipijak Amran terus lancar bicaranya.Kuaja betul Amran ni.

Amran disebelah,Damien jeling.Tengok lah kau nanti Amran.Aku tak akan tolong kau pikat Farisya lagi lepas ni!

"Sorry..tak tahu pula korang berdua dah lapar.Tak apa lah kalau macam tu kita pergi makan dulu.Lain kali kita boleh repeat balik movie tu.Dah jom kita menuju ke kedai makan pula!" Jerit Aeisya.Mata-mata yang memerhati tingkahnya tidak dihiraukan.

Bertepuk dahi Amran melihat tingkah kakaknya itu.Harap umur je dah dua puluh empat tahun tapi perangai macam budak lima tahun! Tak matang langsung!

Tergelak kecil Damien melihat telatah comel Aeisya itu.

"Okey jom!" Balas Damien riang siap mengangkat tinggi tangan kanannya menumbuk langit.

Tergelak Aeisya melihatnya.Akhirnya mereka sama-sama ketawa dengan telatah keanakan mereka tadi.

Berikan Aku Sedikit WaktuWhere stories live. Discover now