14/03/19

18 0 0
                                    

Rindu.
Satu perasaan yang kompleks terdetik di dalam hati pabila seseorang atau sesuatu jauh dari kita.
Kehadiran yang tidak dirasai.
Entiti yang tidak kelihatan.
Kadang itu dia dekat tapi kita mula rasa dia jauh.
Disebelah kita tapi kita rasa dia bersama yang lain.
Kompleks.
Jujur dari setiap sudut hati aku.
Jauh di dasar hati aku.
Aku rindu pada kau.
Aku bebetul rindu kau yang dulu.
Aku rindu pada kau yang buat aku rasa nak kenal dengan kau.
Nak jadikan kau pasangan hidup aku untuk menjalani sisa hidup aku bersama.
Semakin lama aku dengan kau semakin bertambah sayang aku semakin aku rasa perubahan pada diri kau.
Layanan kau terhadapku yang paling aku terasa.
Aku minta maaf aku bukan dia tapi aku rasa tidak perlu untuk kau melayan aku dengan teruk.
Kau pernah cakap yang kau sepatutnya layan aku dengan baik.
Lebih dari orang lain.
Kau rasa bersalah sebab buat aku macam tidak wujud.
Kau rasa bersalah bila sakitkan aku.
Bila sakitkan hati aku.
Kau menangis sebab itu.
Kau kata kau tidak mahu tambah kesakitan aku yang sedia ada.
Kau kisah pasal kesihatan aku.
Tidak mahu aku terlalu penat.
Sentiasa nak tengok aku tersenyum bahagia.
Kau tidak mahu aku berasa sedih, terluka ataupun derita.
Kau bebetul sayang aku.
Cinta aku.
Perbualan pesanan ringkas kita yang dulunya bila aku baca membuatkan aku tidur sambil tersenyum kini membuat aku sedih dan tidak boleh tidur.
Aku rindu kau...

Bila Matahari Sembunyi Where stories live. Discover now