Apabila aku salah maka yang aku salah.
Apabila kau salah maka aku juga yang salah.
Apabila kau marah aku pun ikut marah.
Apabila aku marah kau pun ikut marah dan akhirnya aku menjadi dua kali lagi marah.
Dalam apa jua situasi pun akhirnya aku yang akan meminta maaf.
Ego dalam diri kata jangan meminta maaf kerana dia yang salah dan bukannya engkau.
Tapi aku pilih untuk tundukkan ego aku.
Aku api dan kau juga api.
Jika selamanya begitu kita akan membakar sesama sendiri.
Jadi aku pilih untuk jadi air yang memadam api marahmu.
Kerana aku faham yang engkau bagaikan angin.
Bila kau datang membelai ku dengan lembut maka sejuk dan damai lah aku.
Tetapi bila kau datang bagaikan taufan maka kau akan memarakkan percikan api yang kecil dalam diri ku.
Tetapi pada akhirnya aku harus mengalah kerana aku adalah lelaki dan kau itu perempuan.
Aku adalah imam dan kau makmumku.
Aku harus bersabar.
Itu bukan tanda aku tunduk.
Kadang kita selalu menyalah tafsir setiap perkara dan hanya memandang pada satu perspektif sahaja.
Lumrah manusia.
Aku sedar kerana aku juga begitu.
YOU ARE READING
Bila Matahari Sembunyi
PuisiHanya coretan nukilan tulisan dari kotak hati dan jasad akal pabila matahari sembunyi dan bulan keluar menampilkan diri