Bab 2

2 1 0
                                    

3 tahun yang lalu...

"aku nak kau berhenti berhubung dengan lelaki tu!sekali aku dapat tahu kau masih berwhatsapp dengan lelaki tu, kau siap!"

Aku diam, tidak menjawap sepatah pun. Aku memandang ke arah mama tapi mama seolah-olah tidak memperdulikan aku.
Kata-kata abang long perit menusuk ke jantungku..

Waktu itu mama dan ayah melawat kami di sini seminggu.

Handphoneku di rampas, simkadku di patahkan..
Aku di permalukan di hadapan anak-anak buahku.. Di hadapan ayah dan mama..
Dan mama menyebelahi along..

Aku tak pasti kenapa abang long sangat bencikan keluarga si dia..
Aku tak tahu sebabnya.

Musnah harapanku bila terpaksa berpisah dengan dia,
Padahal aku dan dia dah plan nak jumpa mama ayah raya nanti..
Semuanya berantakan!

***

"Eyra, mama dan ayah balik dulu yea.. Eyra jangan ambik hati sangat dengan abang long kamu tu. Dia buat semua ni demi kebaikan kamu jugak"

Kata-kata mama buat aku sebak. Rasa nak nangis je depan mama tapi aku tahan. Aku taknak diorang fikir aku terlalu meratap.

"Yelah ma, hati-hati.. Ayah juga"
Aku salam tangan mama dan ayah. Mama memeluk aku.. Hampir saja airmataku jatuh tapi sempat seka.

Aku melihat keduanya menaiki kereta.
Mataku semakin bergenang dengan airmata. Lekas ku kunci pintu dan aku duduk di hadapan tv,Akhirnya tewas jua.
Aku menangis semaunya di depan tv yang tidak berpasang.

Aku menangisi takdirku..
Aku menangisi cintaku..
Kalau saja ku tahu antara aku dan dia tiada restu, pasti tidak ku mahu mengenali nya.

Cinta yang ku fikir akan menjadi nyata..rupa-rupanya kecundang di tengah jalan..

Hari-hariku berlalu dengan suram.
Senyumanku hilang,
Selera makan tiada, seperti kehilangan semangat wajahku jadi tidak bermaya..
Sunyi.. Sepi.. Tanpa ada yang menemani..

Tanpa handphone di tangan..

Setelah seminggu berlalu barulah handphoneku di kembalikan..

"Nah,ni simkad baru tapi ingat, aku akan selalu check fon kau..jadi jangan memandai nak berhubung dengan lelaki tu lagi faham!" ujar abang long

"Faham"
Aku mengambil fon tu semula. Namun hampa, tuk apa lagi aku gunakan fon ni kalau aku tak di benarkan berhubung dengannya lagi..

"Iz, maafkan aku terpaksa pergi tanpa alasan, karna aku juga tak pasti mengapa mereka tidak mahu aku berhubung dengan kau.. Maafkan aku" bisik Eyra dalam hati.

Airmatanya jatuh berlinangan di pipi.. Dia block semua media sosial lelaki itu, dan Eyra mendeactive semua aplikasi yang dapat menghubungkan dia dengan Izham.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 17, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

- Dia Eyra Azyra -Where stories live. Discover now