MAAFKAN AKU...

2.6K 118 38
                                    

Perlukah Firash menyiksa perasaanku begini?. Apakah aku ini tidak layak merasakan cinta? Ya Allah kuatkanlah hati ini untuk menghadapi kecurangan suami aku ini. Langkah demi langkah aku ambil. Mata aku masih dipenuhi dengan air setelah melihat pasangan kekasih yang berada di kedai cincin.

Wahida mengurut bahuku untuk menenangkan hati yang meronta-ronta untuk dilepaskan tangisan yang terbedung di tubir mata. Aku menarik Wahida menuju ke kereta. Kereta aku hanya meninggalkan asap di supermall yang maju ini. Air yang mengalir di pipi segera aku kesat.

"Lisya, kau ok ke?" Tanya Wahida dengan berhati-hati. Tangannya tifak dia lepas dari menepuk bahu aku.

"Aku tak ok Ida. Patutlah selama setahun ni dia tak pernah nak sentuh aku. Rupanya dah ada perempuan lain kat belakang" Aku menghentikan kereta di simpang jalan. Aku melepaskan kemarahan di stering kereta. Setelah puas memukul stering yang tak bersalah itu, aku pun meletakkan kepala di stering kereta.

"Ida..kenapa aku? Kenapa? Apa kurangnya aku sampai diapergi kepada perempuan lain. Perlu ke ida?" Aku menangis dengan teresak-esak. Hati aku bagaikan ditikam dengan pisau tajam. Pedih.

"Kau cuba bincang elok-elok dengan dia ye. Mungkin dia ada sebab tersendiri" Nasihat Wahida.

"Kalau dia ada sebab pun, dia tak perlu buat aku macam ni. Duakan aku, dia curang dengan aku!" nada suara aku sedikit tinggi dari tadi. Sakit, hati aku benar-benar sakit untuk menelan kecurangan yanf dilakukan oleh suami yang kukasihi.

****
Cawan yang berasap ku letakkan diatas meja kaca yang berada dihadapan TV. Drama yang ditayangkan di skrin TV , langsung tidak mengamit perhatianku. Kisah antara aku dengan lelaki yang bernama Firash Arshad terimbau kembali.

Flasback..

"Siapa pulak yang datang masuk minang ni umi?" Bengang sugguh aku dengan keputusan yang agak terburu-buru. Aku dah la baru balik kerja. Otak aku ni tak sempat lagi berehat, tiba-tiba kena jawap soalan K.B.A.T umi aku ni. Umi menarik tangan aku untuk duduk disebelahnya. Muka yang sedikit berkedut itu segera ku tatap.

Dari riak wajahnya aku sudah tahu yang dia benar-benar mahukan lelaki misteri itu menjadi suamiku. Muka tua yang penuh dengan harapan itu membuatkan aku tidak dapat menolak permintaannya.

"Alisya tak kesiankan umi ke? Selama ni umi tak pernah nak minta apa-apa dari Alisya dan sekarang umi minta satu saja. Kawin dengan Firash ye nak" Aku mengaru kepala yang tidak gatal. Baru aku tahu yang nama jejaka misteri itu bernama Firash.

"Dia nak ke kat Alisya ni bu. Alisya tak cantik macam perempuan lain. Alisya pun tak pandai berfesyen macam perempuan kat luar sana tu"

"Alisya cantik. Cantik disini" Jari telunjuk umi di letakkan di dada. Hidung aku menjadi berair disebabkan terharu akan pengakuan ibu. Aku memeluknya dengan erat.

"Alisya akan kawin dengan dia umi."

****

"Aku terima nikahnya Nur Alisya Humaira binti Hamid dengan mas kahwinnya RM 280.00 ringgit tunai"

"Sah"

"Sah"

"Sah"

Aku mencapai tangan umi lalu menjatuhkan ciuman di tangan itu. Badan umi yang gempal segera aku peluk. Mak mertua aku tersenyum melihat aku. Aku menghulurkan tangan dan dia menyambut dengan baik. Aku mengucup lembut tangan mak mertua aku ini.

"Alisya salam suami tu"

Kepala aku ditundukkan memandang tangan yang berpeluh. Hati aku sudah memainkan lagu K-pop. Muka suami aku yang mulus, segak, tampan dan lain-lain tidak mahu ku pandang. Malu pula rasanya. Aku dengan dia seakan langit dan bumi sahaja. Dia sempurna.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 23, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Maafkan aku (CERPEN)✔Where stories live. Discover now