Angin sepoi2 bahasa menampar-nampar muka cantik seorang gadis yang dihiasi sekaki gunung larva merah berpuncakkan warna kekuningan di puncak hidungnya.
Basikal merah yang dibonceng dikayuh laju membelah angin pagi yang segar, tudung putih yang seperti bendera berkibar dibiarkan terus berkibar seperti semangatnya yang turut berkibar kemegahan (?).
yelah kenalah megah sikit, bangun celik mata masih bernafas tak megah ke? silalah bersyukur atas nikmat yang diberi... bila kau tak syukur tuhan tarik nikmat baru kau tahu langit ini tinggi ke rendah.
Perkarangan sekolah yang dihiasi tembok batu berwarna biru akhirnya memunculkan batang hidung.
Gadis yang dihiasi seketul larva itu bernama Nur Sara Insyirah seorang yang kecil molek dan mempunyai muka baby face walaupun mukanya tidaklah putih macam dinding tetapi sedap mata memandang.
Dia memarkirkan basikal merahnya di kawasan yamg tersedia lalu memasang mangga kecil yang sudah dicat dengan warna hijau dan diconteng 'ini sara punya' menggunakan marker merah tanda amaran.
Selesai mengunci basikal, dia terus menuju ke kelasnya yang berada di tingkat 3 sambil bersenandung halus, entah apa yang dibahagiakan mungkin dia senang hati kerana pagi ini ibunya memasakkan cekodok pisang kegemarannya.
Sepanjang perjalanan ke kelasnya dia hanya melemparkan senyum kepada sesiapa yang berselisih dengannya. ibu kata senyum tu sedekah.
YOU ARE READING
SORRY!
Short Story" saya suka awak " " so? " " jadi girlfriend saya? " " perlu ke? " "....." ******************************************* " apa yang kurang pada saya? " " nope " " jadi apa salahnya kita couple? awak single dan saya suka awak.." " saya tak minat " " k...