Prolog

6 3 0
                                    

Disember 2013

Perit...
Pedih...
Sakit...

Hanya itu yang mampu diungkapkan dalam benak seorang gadis saat langit menitiskan mutiaranya. Dhafwatul Aisy. Andai hidupnya seindah namanya yang bereti kesenangan dan kelapangan hidup, namun semuanya hanya rentetan yang mustahil dirasai.

Sejak seminggu yang lepas, Aisy hidup merempat di kaki lima sahaja setelah dihalau oleh kedua ibu bapa angkatnya.

Mungkin ni la nasib seorang anak angkat kan, lagi² yang tak berharta macam Aisy ni. Hmm cliche, baru je habis upsr dah kena halau sebab kena fitnah curi barang mak angkat sendiri. Keluarga angkat Aisy tu pun setuju nak jaga dia dari kecil sebab ayah Aisy tu yang amanatkan sebelum dia meninggal.

Ok skip!

Aisy boleh dikatakan sangat bertuah kerana dia mempunyai wang simpanan sendiri dan itu mampu menanggung hidupnya selama seminggu. Namun sekarang, wangnya sudah berbaki rm5 sahaja. Ke mana lagi hendak dia tuju. Mahu bekerja siapa yang nak ambil budak lepasan upsr bekerja, masih mentah. Dalam beg lusuh dia sekarang pun hanya dokumen penting diri dan slip keputusan Upsr. Mujur sahaja Aisy seorang yang bijak sehingga berjaya mendapat 5A. Hari ini sudah masuk hari ketujuh dia tinggal di kaki lima. Aisy berjalan tanpa hala tuju.

Hari dah malam, hujan pula nasib baik hanya rintik² kalau tak lagi susah nak teruskan berjalan.
'Haihh, aku kena juga cari kerja ni', keluh Aisy.

Sampai di satu lorong yang agak sunyi, dia merasakan seperti ada yang mengekori. Dia tahu memang berisiko tapi di kawasan itulah Aisy mencari kotak kosong untuk dijadikan alas tidur.

'Ya Allah, tolonglah lindungi aku', pinta Aisy apabila ternampak tiga lelaki dewasa sedang memerhatikannya dari jarak yang agak dekat di sebelah kiri.
Dia tahu mereka semua konco² bapak ayam di kelab malam yang hendak mencari gadis² untuk dijadikan pelacur. Macam mana Aisy tahu? Haihh hari kedua merempat dia dah kena kejar dengan orang yang sama.

'Ok Aisy relaks!!!', jiwanya memberitahu.
Dengan tenang, dia segera meninggalkan lorong tersebut dan mencari tempat awam yang dipenuhi orang. Nasib Aisy agak tidak beruntung kerana kawasan itu agak lengang dan sunyi. Dia mengambil keputusan untuk lari sekuat hati kerana konco² tersebut sudah hampir di belakangnya.

Aisy terus berlari tanpa dia ketahui arah tujunya sambil menangis.
'Ibu! Ayah! Aisy rindu korang. Aisy takut', rintih Aisy dalam hati.
Dia berlari selaju mungkin sehingga...
'PINNNNNNNNNN!!!!!'

Latte KingWhere stories live. Discover now