Hadirkan sesiapa. Sesiapa sahaja untuk mengisi lopong ini. Tolong, biarpun kebencianmu terhadapku masih tersisa, tolong.. bantu aku sekali ini.
"Urm, are you sure crying in a bookstore is a good idea?" Suara asing menerpa ke telinganya mengejutkan Rania tentang masa sekarang. Terkesan dengan teguran itu, air mata diseka pantas sambil cuba mengemas buku-buku.
"Oh, I'm sorry. I'm sorry." Tanpa ingin memandang, laju sahaja mulutnya mengucapkan maaf.
Kedai buku usang ini orangnya tak ramai. Cukup untuk melengkapkan definisi usang itu sendiri kerana yang tinggal hanyalah sisa-sisa buku lama membuatkan orang ramai kurang untuk berkunjung. Ditambahkan lagi dengan susun atur dan visual yang tawar.
Rania mula ingin beredar daripada seksyen nama-nama bayi. What a weird place to begin with.
"No it's okay. Nobody should say sorry for crying. Say sorry to yourself."
"Takde lah. Sebab it's not normal to cry in public." Balas Rania dan kini bibirnya sudah mengukir senyum.
"Says who? Crying should be... I don't know, normalized.."
"It's only valid for cry-babies."
Tingkah Rania sambil memerhatikan jejaka di depannya.
Entah apa yang ada pada dia, membuatkan Rania terusik. Fizikalnya biasa, tinggi yang biasa dan rupa yang juga biasa. Biasa biasa dia membuatkan Rania tak keruan.
Oh come on Rania, falling in love at the first sight would be too cliché. You can do better than this.
Namun fikiran dan hatinya saling bertingkah kerana sumpah, lelaki di hadapannya ini cukup sempurna. Setidak-tidaknya untuk dia.
"By the way, kenapa berdiri? Are you done here?" soal jejaka itu seakan mencuba nasib sendiri dan nasibnya hari ini ternyata baik.
"Yeah, thinking of heading somewhere private."
"Sipping something?"
"Maybe. A cup of coffee or a half."
"Good. I know a place."
"Eh, you nak ikut? I nak pergi sorang."
"I boleh teman. In case you nak guna alasan I am a stranger to you, please don't. I'm Noah."
"Knowing someone's name doesn't mean you welcome them in your life. By the way, I Rania." Balasan itu mengundang senyum kepada Noah.
"But you just told me your name."
"Maybe for a company."
"I'd love to be your company."
Dan di situ, di mana permulaan ternoktah.
Takdir atau ajaib, jiwa mereka itu satu.