Kau datang tanpa aku duga
kau kata kau perlu cinta
kau yakinkan aku tentang bahagia
sebenarnya diri kau rosak menderita.Dengan mata kepala aku sendiri
Aku nampak kau jatuh ketika berdiri
Puas aku pujuk supaya kau yakin diri
tapi sebab bodoh dan bongkak kau lari..Dulu, tiap malam kau cari aku
Ceritakan segala hal yang berlaku
Aku terima walau aku sendiri rasa malu
Aku lawan aku mahu kau dan aku bersatu.Aku menyesal dengan masa yang singkat
Aku menyesal memberi kau sebatang tongkat
Aku menyesal dan aku akan ingat
Kau hancurkan hati aku seperti disengat.Shahril. 27 Mac 2019

YOU ARE READING
Puisi aku
ŞiirAku cuba menulis puisi tentang bulatan kehidupan aku. Tidak kira puisi berbentuk kemarahan, kegembiraan, ketenangan atau sebuah rasa tentang cinta. Rasakan dan nikmatilahh.