1.

20 2 0
                                    

PART 1

Atiqa duduk bertinggung dihadapan mangkup tandas. Agak lama dia duduk di situ tanpa melakukan apa-apa. Peluh membasahi dahi dan lehernya. Matanya merah dan bengkak. Dia letih dan tubuh badannya menggeletar. Dia cuba untuk bangun dan keluar dari tempat kotor itu, dia tidak tahu berapa lama dia duduk di situ.

Atiqa berjalan ke ruang tamu, itupun dia perlukan bantuan dari dinding untuk menampung berat badannya. Sampai di ruang tamu, Atiqa duduk di atas sofa. Dia melihat bekas dan plastik makanan yang bersepah di atas meja.

Atiqa tunduk, rambutnya yang ikal mayang itu jatuh menutupi wajahnya. Hari ini dia ditegur oleh kawan-kawannya akan tubuh badannya yang agak berisi.

Atiqa ketawa saja, dia tahu kawan-kawannya hanya bergurau tapi apabila bersendirian, dia tidak berhenti mendengar tawa kawan-kawannya. Seolah-olah mereka mengejeknya, mentertawakannya. Sampai saja di ruang, dia terus ke dapur. Semua makanan di dalam peti sejuk dan di atas rak dikeluarkan dan di bawa ke ruang tamu. Dia membuka plastik makanan dan mula makan tanpa henti.

Selepas menghabiskan semua makanan yang dikeluarkannya tadi, Atiqa terus ke tandas. Dia memuntahkan semula semua makanan yang dimakannya tadi. Dan sekarang dia duduk di tempat yang sama dia berpesta makan tadi. Rasa bersalah menggunung di hatinya, dia rasa jijik dengan dirinya sendiri. Atiqa merintih perlahan, dia tidak tahu kenapa dia jadi begitu dan kenapa dia rasa benci sangat pada dirinya sendiri. Atiqa merekot di atas sofa dan akhirnya dia tertidur. Tertidur dengan perasaan yang hiba dan rendah diri.

Selama ini dia tahu yang dia sakit. Dia tahu yang dia ada masalah.
Bulimia Nervosa.

Salah satu dari penyakit gangguan pola makan (Eating Disorder) . Dia tahu ED (Eating Disorder) adalah salah satu daripada penyakit yang disebabkan oleh masalah mental. Tapi dia tidak mahu sembuh. Sudah lama dia dan ED berkawan. Sudah lama dia mengidap ED dan dia tidak mahu sembuh.

Terima kau seadanyaWhere stories live. Discover now