9.

4 2 0
                                    

PART 9

"Duduk" arah Farez tanpa memandang pada Atiqa. Atiqa tidak mahu patut akan arahan Farez tapi entah mengapa nada suara Farez yang keras itu membuatkan Atiqa akur. Dia duduk di atas sofa berhadapan dengan Farez.

"What the hell is that?" tanya Farez, suaranya ditinggikan. Tak de mukadimah ke apa, terus menjerit macam orang gila. Atiqa berpeluk tubuh, dia berharap sangat dia halimunan kerana dia tidak mahu Farez memandangnya ketika itu. Dia rasa malu dan jijik.

"Kau takkan faham" sebaris ayat itu terpacul dari mulut Atiqa. Atiqa sudah hendak beredar ke tempat lain, mana-mana sahaja asalkan dia dapat bersendirian tapi Farez bangun dan menarik lengannya. Farez memaksa Atiqa untuk bertentangan mata dengannya tapi Atiqa tak berdaya untuk berdepan dengan Farez ketika ini. Dia hanya memandang pada dada Farez, tidak berani melangut. Pada waktu-waktu begini, dia bersyukur kerana dilahirkan rendah.

"Cuba buat aku faham" tegas Farez. Atiqa tidak selesa kerana dia dapat rasakan tenungan Farez tepat pada wajahnya. Atiqa menghela nafas berat, dia tahu dia tidak dapat menyembunyikan hal itu dari suaminya lagi. Farez bukannya bodoh, dia sudah tahu mengenal penyakit yang dihidapi oleh Atiqa kerana sebelum ini Farez menghabiskan banyak masanya membuatkan kajian mengenai penyakit ini.

"Aku pengidap ED (Eating Disorder) " Atiqa berterus terang. "Tapi tak teruk sangat" sambungnya.

"Tak teruk?" mata Farez membulat ketika dia tenang muka Atiqa.

"Aku rasa ada lagi yang lebih teruk daripada aku" balas Atiqa, raut wajahnya bersahaja. Dia bercakap seolah-olah penyakit yang dihidapinya itu hanya demam selsema yang biasa-biasa sahaja sedang ED itu merupakan sakit mental yang boleh menyebabkan maut.

"Aku budak gemuk masa zaman persekolahan. Dari sekolah menengah hinggalah ke sekolah menengah"

"Ada orang buli kau ke?" Farez cuba untuk mengerti.

Terima kau seadanyaWhere stories live. Discover now