Bab2

3 1 1
                                    

Sinaran mentari menerjah bilik Puteri Nolen. Puteri Nolen yang telah lama bangun tidur sudah bersiap sedia untuk turun ke bumi.

Walaupun berisiko, dia tetap berkeras untuk turun ke bumi. Beberapa alatan pertahanan dibawa bersama.

Puteri Nolen keluar daripada biliknya dan menuju ke kandang Volt iaitu naga angin peliharaannya.

"Volt teman aku turun ke bumi ya."

Kandang Volt dibuka dengan senyap mengelak daripada pengetahuan pengawal istana. Puteri Nolen naik duduk dibelakang Volt. Volt mengibaskan sayapnya sebaik sahaja Puteri Nolen memberi arahan. Mereka meluncur laju turun daripada Skylark menuju ke bumi tanpa pengetahuan pengawal.

Akibat terlalu laju Volt hilang kawalan dan mereka berdua menjunam dengan laju.

"Hati-hati! Jerit Puteri Nolen."

Manusia yang berada di bumi terkejut melihat suatu objek yang laju akan menghempas padang pertempuran.

"Arhhh."Cyra mengaduh apabila dihempap oleh sesuatu benda yang amat berat.

Puteri Nolen segara bangun dan menyapu punggungnya. Pedang di hunus ke arah Cyra.

"Kau dah hempap aku, lepas tu nak bunuh aku pula? Hey tak ada sifat bersalah ke. Pinggang aku dah rasa patah dah ni."

Mata pedang Puteri Nolen ditolak ke tepi. Para penonton hanya diam memandang di tengah padang yang tergendala akibat sesuatu objek asing yang jatuh sebentar tadi.

Cyra perasan lawannya mara menuju ke arahnya. Cyra segera bangkit dan menarik pedang daripada tangan Puteri Nolen kemudian menolak Puteri Nolen ke belakangnya.

"Tetap di belakang aku. Kau dah kacau waktu pertandingan aku."

Pedang Cyra dan pedang lawannya berlaga. Cyra menghadiahkan sebuah tendangan menyebabkan lawannya terundur ke belakang.

Lawannya menghembuskan api ke arah Cyra. Cyra terpaksa menepis api itu menggunakan pedang ditangannya. Sedikit daripada api itu menjilat lengan bajunya dan terus kain lengan itu dikoyak bagi mengelak daripada api itu melecurkan kulitnya.

"Awak tak apa-apa?" Soal Puteri Nolen.

Raut wajahnya seperti risau melihat keadaan Cyra.

"Beredar dari sini sekarang. Kau bahayakan nyawa kau main ditengah padang pertempuran."

Puteri Nolen tidak berganjak. Cyra hilang fokus akibat Puteri Nolen. Dia perlu menjaga manusia itu daripada tercedera.

"Kau tunggu apa lagi?" Soal Cyra menghadap Puteri Nolen.

"Belakang awak!" Puteri Nolen menunding jari.

Cyra perasan pergerakan musuh dibelakangnya melalui ekor mata dan melompat tinggi ke udara berpusing mengubah posisinya ke belakang pihak lawannya. Sebaik sahaja kaki menjejak tanah, Cyra menendang kepala lawannya dengan kuat.

Lawannya tersembam menyembah tanah dan Cyra mengunci pergerakan lawannya dengan duduk dibelakang lawannya dan menghalakan mata pedang ke arah leher lawannya.

Gong dibunyikan menandakan pertarungan telah berakhir.

"Fuhh, akhirnya."

Puteri Nolen ligat memerhati Cyra. Cyra yang baru perasan Puteri Nolen memandangnya berasa sedikit pelik.

"Kau. Kau jatuh atas aku kenapa? Nasib menang tau." Kata Cyra.

Puteri Nolen mendekati Cyra dan menarik tangan Cyra supaya mengikutinya. Cyra mengeraskan diri ditempatnya. Dahi Cyra berkerut memandang gadis yang sebayanya itu.

"Ikut saya."

"Ok, ok aku ikut kau. Tak payah tarik kuat sangat. Luka tu kan." Kata Cyra.

Cyra mengikut langkah Puteri Nolen dari belakang. Cyra hanya mampu menurut arahan gadis itu kalau tidak sampai bila-bila tangannya ditarik. Sudahlah penuh dengan luka baharu.

Puteri Nolen berhenti melangkah selepas jauh berjalan. Mereka berdua berhenti di kawasan yang agak tenang dan banyak daun menghijau. Nampak gayanya tempat itu jauh daripada halaman kampung Cyra.

"Perkenalkan diri saya Puteri Nolen dari Kerajaan Skylark." Puteri Nolen memperkenalkan dirinya.

Cyra hanya memandang Puteri Nolen bersahaja.

"Anak raja rupanya kau ni. Kau dah bahayakan diri sendiri turun ke tanah lapang tahu tak?" Kata Cyra.

Puteri Nolen mengangguk menandakan dia tahu perkara tersebut. Disebab hatinya yang keras hendak turun ke bumi dia sanggup hadapi risiko tersebut.

"Oh, satu lagi. Kalau kau tahu dah bahaya dekat sini. Kenapa nak turun ke sini?"

Puteri Nolen hanya berdiam diri. Sebenarnya sayap kirinya cedera ketika mendarat tadi. Air mata gugur di birai mata.

Cyra hanya memerhati apabila menyedari Puteri Nolen menangis.

"Biar aku lihat sayap kiri kau. Dari tadi aku perasan sayap kau berdarah."

Cyra mendekati Puteri Nolen dan memusing badan gadis itu. Sayap gadis itu dibelek. Cyra berfikir sejenak.

Kain penutup kepala Cyra dibuka. Luka yang terdapat pada sayap Puteri Nolen dibalut. Nasib baik kain penutup kepalanya agak lebar dan panjang.

Cyra membuka baju panjang yang menutupi badannya meninggalkan baju lengan pendek. Baju tersebut dikoyak dan diikat pada leher Puteri Nolen.

Puteri Nolen hanya diam memerhati perbuatan Cyra.

"Apa? Aku nak sembunyikan sayap kau. Bahaya kalau dibiarkan terbuka."

Puteri Nolen ligat memerhati badan Cyra. Banyak kesan lebam dan luka baru.

Selepas selesai, Cyra berundur ke belakang menjauh daripada Puteri Nolen. Cyra mengecilkan matanya. Terdapat sesuatu yang tidak kena pada matanya.

Cyra mendekati Puteri Nolen dan mengambil tiara milik Puteri Nolen.

"Simpan baik-baik." Kata Cyra.

Perut Puteri Nolen berbunyi. Cyra menjongketkan keningnya ke atas.

Puteri Nolen hanya tersengih.

Cyra bersiul memanggil haiwan peliharaannya. Jovian dan Karkuru kelihatan berlari dari jauh mendapatkan Cyra.

Cyra mendepakan tangannya menyambut Jovian dan Karkuru. Kepala dua ekor harimau putih itu diusap.

Jovian dan Karkuru melihat ke arah Puteri Nolen.

"Kenalkan kawan baru aku, Puteri Nolen."

"Haiwan peliharaan awak ke?"

Cyra mengangguk.

"Harimau putih jantan. Karkuru tolong tumpangkan Puteri Nolen boleh?"

Karkuru menjilat wajah Cyra menandakan ya.

Cyra menunggang Jovian manakala Puteri Nolen menunggang Karkuru. Mereka berdua menuju pulang ke rumah Mak Nek.

Last HopeWhere stories live. Discover now