AKTIVITI HARI INI. 29/3/2019
CERTOT
GENRE :: ROMANCE
TAJUK :: MUDAHNYA KAU BERUBAH
QUOTE :: MENGAPA BEGINI AKHIRNYA?
ARAHAN ::
Anda semua diminta mencipta satu babak sedih. Pastikan sedih sehingga pembaca dapat merasai perasaan tersebut.
JUMLAH PERKATAAN :: 200 PATAH PERKATAAN( TIDAK LEBIH DAN TIDAK KURANG)
TEMPOH : 8PM-11.30PM
DISEDIAKAN OLEH : AmieAfis 💙
PENULIS : ZaujahZainudin
AKHIRNYA kami berdua telah disatukan dalam majlis yang cukup sederhana. Sebenarnya aku tak ada sesiapa kerana dibesarkan di rumah anak-anak yatim. Suamiku itu dari kalangan orang yang punya kedudukan.
Sebenarnya, kami berkahwin ini pun bukan atas restu daddy dan mummynya sebab aku ini bukan sama taraf dan menantu pilihan mereka tapi dia sanggup tinggalkan keluarga dan kemewahannya demi aku.
"Dinda! Panggil Ammar Rayqal sambil memandang muka isterinya, Haura Safiyya."
"Ya, kanda! Jawab Haura terus mengangkat kepala memandang suaminya, Ammar." Mata mereka bertaut. Terus mereka melayari bahtera yang baru dibina beberapa jam lepas. Harap ikatan ini berkekalan hingga ke syurga.
Beberapa bulan kemudian.
Haura dapat panggilan dari kawan suaminya yang suaminya terlibat dalam kemalangan dan kecederaan suaminya teruk juga, terus dia bergegas ke hospital dengan keadaaannya sarat mengandung cuma tunggu hari je.
Beberapa hari lepas, aku diberitahu oleh nurse, suamiku dipindahkan di hospital terbaik di tempat mertuaku tinggal. Sekarang aku dengan suami dah dipisahkan oleh mertuaku.
Lima tahun kemudian.
Aku dan anak-anak kembarku Aariz Rizqi dan Aaira Rizqah datang bercuti di Langkawi sempena cuti sekolah hujung tahun.
Tiba-tiba.
"Abi! Laung Aariz dan Aaira serentak."
Terus Ammar dan isterinya berlalu begitu sahaja.
"Mudahnya kau berubah, mengapa begini akhirnya?" keluhku.
200 patah perkataan
😟
----------------------------------------------
🐬 , ganti dengan .
🐬 Perkataan lagi ganti perkataan kerana
🐬 Perkataan ada ganti perkataan punya
🐬 Terlupa buh , pula
🐬 dia tu boleh ringkaskan jadi 'nya'
🐬 Elakkan guna perkataan 'dan' di permulaan kerana ia bersifat sebagai kata hubung, lagi satu perlu huruf besar jika bukan penanda dialog
🐬 Terlupa buh . pula
🐬 Perkataan nurse kena italic sebab bahasa inggeris
🐬 Perkataan Langkawi huruf L kena huruf besar, Kata Nama Khas
🐬 Huruf k kena huruf kecil, sebab penanda dialogMINOR MISTAKE :: 11
MARKAH :: 19/30
PERATUS :: 63%FEEDBACK BY AmieAfis