"Apa yang bonda ingin bincangkan pada Verth?" tanya Merlyverth ketika ingin melabuhkan punggungnya di atas kerusi empuk yang berada di bilik mesyuarat.
"bonda ingin memberitahu hal yang sebenar kepada kamu. bonda rasa dah tiba masanya untuk kamu tahu hal ini." kata Ratu Meryvell dengan tenang.
"hal sebebnar? tentang apa itu bonda?" Merlyverth mengekspresikan wajah ingin tahu kepada bondanya.
"tentang kuasa yang kamu ada."
"kuasa?!" wajah merlyverth kelihatan tidak percaya. dia mengaru garu kepalanya yang tidak gatal sambil melihat ke arah bonda.
'eh apa semua ni?! apa yang berlaku sekarang ni?! jap, kenapa aku tidak pernah tahu tentang kewujudan magis yang ada pada diri aku!' hatinya berkata kata.
"iya kuasa kamu" bonda masih kekal tenang.
"tapi bagaimana kuasa itu boleh ada pada Verth?" Merlyverth bertanya kepada bondanya.
"kalau anaknda hendak tahu, dulu ayahnda mempunyai kuasa begitu juga dengan bonda. Datuk dan Nenda kamu merupakan seorang guardian angel." kata Ratu Meryvell.
"tetapi kenapa anaknda tidak pernah melihat bonda atau ayahnda menggunakan kuasa?"
"bonda dan ayahnda pernah menggunakan kuasa itu di hadapan kamu ketika kamu kecil lagi, cuma nenda kamu tidak membenarkan kami menujukkan kuasa kami di hadapan kamu atas sebab untuk menjaga keselamatan kamu dari musuh yang ingin mencari perwaris guardian agel, jadi nenda terpkasa mengunci ingatan kamu pada waktu itu." terang bonda.
"benarkah datuk dan nenda adalah guardian angel?"
"yup benar sungguh!"
"itu bermakna bonda dan ayahnda juga adalah guardian angel bukan?" tanya Merlyverth dengan penuh yakin
"iyup benar, tetapi kami hanyala guardian angel yang melindungi negara." kata bonda masih berselindung.
"ouh begitu, tapi bonda apakah kuasa yang Verth miliki?" tanya Merlyverth dengan wajah teruja.
"maaf anaknda bonda tiada jawapan untuk itu. mereka yang memilik kuasa adalah dari kebolehan dirinya sendiri." kata bonda dengan riak sedih, iyelah dia kan tidak dapat membantu anaknya untuk mengetahui kuasa yang dia miliki mestilah sedih, lagi pula Merlyverth merupakan satu satunya puteri baginda.
"bukankah kuasa itu turun temurun?" riak wajah kecewa dipamerkan oleh Merlyverth.
"iya memang benar, tetapi ia tidak menjadi kuasa utama pada seseorang itu, mungkin ia akan menjadi kuasa sampingannya sahaja." terang Ratu Meryvell.
"ouh kalau begitu tidak mengapalah bonda, Verth akan mempraktikan kuasa Verth sendiri." kata sang puteri sambil tersenyum tawar.
Bonda hanya tersenyum lalu bangun untuk ke almari. bonda mengambil sebuah kotak baldu dan kembali duduk di kerusinya.
"nah ini adalah kepunyaan kamu dari nenda kamu." kata Ratu Meryvell sambil memakaikan seutas rantai yang mempunyai batu permata.
"cantiknya!" wajahnya kelihatan teruja dan gembira.
"jaga ianya baik baik, jaganya seperti kamu menjaga nyawa kamu sendiri!" kata Ratu Meryvell sambil memegang tangan puterinya itu.
"baik bonda! Verth minta diri dulu ye bonda." melihatkan anggukan dari Ratu Meryvell, Merlyverth segera bangun dan berlalu pergi.
Ratu Meryvell menghantar pemergian puterinya dengan ekor mata apabila tubuh puterinya itu lenyap disebalik pintu, terus baginda menyembamkan mukanya ke meja.
'maafkan saya abang, saya terpaksa beritahu Verth sekarang demi keselamatana negara dan dunia ini. maafkan saya'
HARINI hari pertama Merlyverth di sekolah baharu. Ratu Meryvell terpaksa memindahkan puterinya ke sekolah lain atas sebab untuk memudahkan puterinya mempraktikan magisnya bersama sama pembimbing yang telah di amanahkan oleh Ratu Meryvell.
"okay kelas, harini kelas kita akan mempunyai rakan baru, sila perkenalkan diri awak!" Kata sir jornavth.
"hye, nama saya Merlyverth Axeryia Raja Marvith. Awak semua boleh panggil saya Merly." kata gadis itu riang. sekarang gadis ini berada di tahap 1.
"awak boleh duduk di sebelah Tryvith." gadis itu melangkah ke arah tempat duduknya. kelihatan pemuda di sebelahnya tidak menunjukkan sebarang reaksi apabila gadis itu duduk di sebelahya.
'ah malas lah nak ambik tahu, baik aku focus sekarang ini!' kata hati gadis itu.
MERLYVERTH duduk termenung di Fairyground. Fairyground ni lebih kurang macam taman cuma bertemakan pari pari. Terdapat banyak pari pari yang bertebangan di fairyland ini. Pemandangan di Fairyground sungguh cantik.
Air terjun yang berada di tengah tengah sangat menyerlah dengan warna ungu terang dan di sekeliling fairyground di penuhi dengan tanaman yang berwarna warni.
"BAHHHHHH!!!!!!!!" jerkah seseorang. Merlyverth tersentak sehingga menyebabkan badan nya terhinjut dek kerana jerkahan tersebut. Merlyverth menoleh ke belakang ingin melihat gerangan yang berani menganggu ketenteramannya. Setelah melihat gerengan itu, Merlyverth mencebik sambil menjeling.
"eh kau rupanya Frysin! nasib aku tiada sakit jantung! kalau tidak aku rasa aku sudah arwah!" kata Merlyverth sambil tercebik cebik, nak merajuk!
"Alaaaah maaf Merly aku cuma mahu bergurau bersama kau." kata Frysin sambil menyusun sepuluh jari untuk memohon keampunan dengan membuat muka comel. Frysin mengerdipkan matanya. eiuw meluat!
"nasib aku ni baik orangnya! eh mana yang lain?" Angkat bakul sendiri si Merlyverth ni. Mata Merlyverth meliar untuk mencari rakan rakannya yang lain. ouh lupa nak beritahu. Walaupun baru hari pertama sekolah dia telah mempunyai ramai kawan eh lebih di kepada sahabat.
"Hai! cari kami ye?" ucap Vyriath. Di sisi Vyriath terlihat dua jejaka iaitu Zyvith dan Kylefth.
"haaa itu mereka! panjang umur kalian! ingatkan tidak tahu dimana fairyground!" perli Frysin. Merlyverth tersenyum kecik apabila mendengar perlian Frysin.
Frysin dan Vyriath adalah perempuan manakala Zyvith dan Kylefth adalah lelaki.
Frysin mempunyai rambut berwarna biru cair yang panjang sehingga pinggangnya manakala Vyrith mempunyai rambut yang pendek separas bahu yang berwarna hijau . Zyvith pula mempunyai rambut berwarna merah dan dirapikan di sebelah kanan. Kylefth yang mempunyai rambut berwarna biru gelap seakan akan hitam itu dirapikan ke sebelah kiri.
"sampai hati kau Frysin perli kami! merajuk dengan kau!" kata Vyriath berjauh hati. Frysin menjulingkan matanya ke atas meluat dengar. dah besar pun nak mengada.
Merlyverth yang sedang menyisir rambutnya yang berwarna putih susu dan dihujung rambutnya itu berwarna ungu jernih hanya tersenyum melihat telatah sahabatnya itu. Macam macam kerenah seperti budak kecil!
MERLYVERTH duduk termenung di taman mininya. Harini dia hanya menghabiskan masanya dengan termenung. begitu juga ketika dia berada di sekolah. Merlyverth memegang rantainya. Dia membelek belek rantai yang berwarna ungu jernih itu. Hati dan fikiran nya bercelaru saat ini.
'cantik sungguh permata ini! aku tidak pernah melihatnya di kedai baranh kemas yang di jual di bandar.' pujian itu telah membuatkan rantai itu mengeluarkan cahaya berwarna ungu jernih yang sangat terang hingga membuatkan Merlyverth terpakasa menutup matanya kerana terlampau silau.
tiba tiba.........
NAK SIS CERITA TENTANG SEKOLAH MERLY TAK?🤔 SIS RASA MACAM NAK CERITAKAN TAPI APA PENDAPAT YOU ALLS?🤔
YOU ARE READING
magical of world
ФэнтезиGadis yang mempunyai kelebihan dari turun temurun membuatkan gadis itu terbeban dengan pelbagai masalah dan halangan yang perlu di hadapi demi keselamatan MAGICAL WORLD selepas kematian ayahndanya. Kebenaran hidup yang sebenar juga membuatkan dia te...