'Setiap pertemuan pasti ada perpisahan'
Aku tidak pernah terfikir untuk berjauhan dengan mu.
Apatah lagi perpisahan
Kau sering disisi ku
Tetapi
Apakan daya
Kau mengambil keputusan untuk ke laluan yang kau inginkan
Siapa aku untuk menghalang kau?
Aku adalah sahabat kau
Aku mesti sokong kau!Aku gembira pabila kau memberitahu tentang tawaran yang telah kau perolehi
Dalam masa yang sama
Satu sudut di hatiku iniii
Sangat perit
Tak terkata peritnya
Keranaa
Kau akan berpisah dengankuAku terfikir
Bolehkah aku lepaskan kau?
Bolehkah aku teruskan pelajaranku tanpa kau?
Kau sering menolongku
Tanpa kau, bolehkan aku?
Kau sentiasa ada dikala aku inginkan pertolongan
Selepas ini
Siapa pula ingin menghulurkan tangannya kepada aku?Andai,
Itu yang terbaik
Tidak mengapalah
Aku lepaskan kau
Semoga kau berbahagia di sana
Terima kasih atas segalanya
Dan aku menyusun sepuluh jari
Untuk memohon maaf atas kesilapan pan ku selama ini
Maafkan aku
❤️1 April 2019
YOU ARE READING
Tea Spilling
SpiritualAssalamualaikum . hanya luahan atau memberi kata semangat . ?