Siapalah aku
hanya suatu
perlabuhan cinta,
sementara
kau mencari
mutiara
di lautan sepi.
Ku mohon
jangan kau jadikan
Aku persinggahan
perasaan sepimu
kerana itu
hanya seketika
yang akan mengakhiri
episod hidupku
dengan kelukaan
penuh penyesalan.
Cukup kesuraman
masa silam
membayangi hidupku,
jangan kau tambahkan lagi
versi perlabuhan sepi mu
yang singkat...
Yang terindah
hanyalah sementara...31 Ogos 1990