#5 - Saranghea

0 0 0
                                    

Saranghea...
dalam keheningan
kedengaran
ketinggian suara
melemahkan hati
meranapkan semangat aku

Saranghea
sedih
menyelinap di ulu hati aku
semalam
wajah aku tidak
kau tatap
semalam
suara aku umpama
desingan di kuping mu
entah mengapa
hati ini sering
terluka dek layanan mu

Saranghea
aku seperti tidak
wujud di mata mu
kewujudan aku
hanya bila kau
memerlukan aku
mengharap
pertolongan aku

Saranghea
memandang mu
titisan airmata sering
menerpa diri
siapa aku dihati mu
aku rela
aku sudah bersedia
seandai jodoh kita
sampai di sini

Saranghea
aku doakan kebahagiaan mu
kerana
tiada kau temu
kebahagiaan bersama aku
usah gusar
aku tidak akan
pernah salahkan mu
aku tahu
tempat aku
aku sedar
siapa aku

Umpama cinta Kim Shin
pada Ji Eun Tak...
Cinta pertama
dan terakhir
sama sekali
bukan cintamu
Pada aku

Saranghea...
tiada makna lagi
bila terucap di bibirmu
hanya tinggal
kenangan
antara kau dan aku

annyeong nae sarang...
goodbye my love....

Fizhim
12 April 2019

Ukiran Hati... Koleksi Luahan Hati Where stories live. Discover now