Lama saya tidak sentuh apps watpadd dalam phone saya. Macam-macam dugaan yang saya alami. Kadang terasa seakan-akan pemikiran saya tidak normal lagi. Mata memandang, telinga mendengar... Pemikiran dihimpit fikiran negative, perasaan dihantui penuh ketakutan.
Saya rasa, macam saya bukan RJ seperti yang sebelum ini. Pelbagai penyakit silih berganti, menahan sakit. Kerja di office banyak yang tertanguh... ada lagi perkara-perkara lain, yang tidak teratur diuruskan. Saya jadi buntu, semua apa yang saya buat terbantut.
Semua apa yang saya nampak, dengar dan alami sendiri.. sentiasa menghantui diri saya. Sometimes bila bangun dari tidur, saya masih dibayangi muka-muka yang menakutkan, sama susuk tubuh mahkluk dalam mimpi saya. Kadang saya ambik masa lama, termenung menyandar di dinding katil dalam bilik tidur...
Bertahun saya cuba membiasakan diri begini... tapi rasa-nya macam tiada ending. Pernah saya terfikir macam mana mau selesaikan benda ini dalam waktu yang singkat, dan selama-lamanya lagi tidak menangung keadaan begini. Tetapi saya memanjangkan akal fikiran, cuba elak ke arah perkara yang sia-sia begitu seja kehidupan saya.
Tapi saya tidak yakin sampai bila saya bulih bertahan menghadap keadaan sebegini. Apa tidak, sekali diganggu nampak muka-muka benda tu. Mau ambik masa untuk saya kasih lupa wajah benda tu. Kadang semalaman saya tidak tertidur, gara-gara mau tunggu siang matahari terbit..
Pergi kerja pun mengantuk drive. Berapa kali pernah hampir terbabas masa driving... nasib ada kereta lain hon, cepat saya tersedar masa driving. Di tempat kerja lagilah mengantuk tidak cukup tidur. Habis kerja shift di office, pulang rumah, mandi makan. Di rumah time free macam tu, tidak pula saya mengantuk... my'b disebabkan saya ada tertidur di office.
Lepas makan ubat tablet pain killer, saya makan 2 biji ubat tidur... itu pun tertidur tidak sampai 3-4 jam.. sejam lebih macam tu, sudah terbangun balik. Dalam 24 hours rutin saya... dalam 1 jam lebih or 2 jam seja selalu saya dapat tidur. Ada tertidur pun, cuma tidur-tidur ayam.. 20 minute - setengah jam begitu. Fikiran saya selalu tergangu. Saya merasakan, bukan cuma saya seja yang ada dalam bilik tidur tu.. macam ramai mata yang sedang memerhati, apa yang saya sedang buat.
Saya uruskan perkara-perkara lain dalam bilik. On laptop buat surat rasmi untuk dihantar kepada HQ ISBN.. saya terpaksa tukar number ISBN untuk buku saya, disebabkan ada masalah dengan pencetak buku. Beberapa masalah lain lagi atas paper report tugasan, saya cuba selesaikan dengan segera. Phone ringging, saya sambut calling... saya dihantar bertugas di luar.. apa yang saya sedang buat masa tu, terpaksa hold dahulu...
Saya pergi mandi, siapkan pakaian dan peralatan yang perlu saya bawa. Ntah kenapa tiba-tiba saya rasa telinga saya berdesing bunyi kuat di telinga kiri kanan... saya terdengar bunyi orang berteriakan dalam jumlah yang agak ramai saya terdengar waktu itu.. dalam masa yang sama, saya terdengar bunyi bangunan simen macam beruntuhan...
Saya cuba tenangkan diri saya, dalam hati saya.. mungkin ini semua halusinasi. Tapi rupanya tidak... Saya nampak depan mata saya, tiba-tiba dikelilingi orang yang sudah meningal berpusu-pusu melintasi tempat saya berdiri... Saya tidak nampak dinding rumah lagi. Apa yang saya nampak adalah kawasan tanah penuh kemerahan macam lava api.. bangunan yang rosak, kereta sana sini rosak.. orang-orang yang saya nampak semua berwajah pucat, ada yang berluka, ada langsung tiada pakaian...
Saya nampak durang berlarian, macam ada sesuatu yang durang elak dari ditangkap... 1 lelaki tua berpakaian hitam, yang limpas berhampiran tempat saya.. dia berhenti di siring saya. Dia jalan pigi menghadap depan saya, tapak tangan dia tekup mata saya. Bahu sebelah kiri saya, rasa ditolak kuat.. saya masih nampak Gelap lagi.
YOU ARE READING
Exorcist
ParanormalCerita situasi dan exprience semasa cuba memulihkan semangat balik... It will take a long time, to exorcise the memory of the accident. Ritual paganisme... untuk memaksa paranormal entity agar tidak menganggu lagi pemikiran serta kerjaya.