Pernah tak kau rasa hidup ada ibu ni adalah lebih baik daripada tak ada seorang insan yang bergelar ibu dalam hidup kau? Ya, bagi aku ibu adalah segala-galanya untuk aku. Kalau nak cakap pasal keluarga mestilah kita ada ahli keluarga yang lain tapi untuk kau, kau rasa ibu jugaklah orang yang kau akan cari bila kau rasa sedih ataupun susah.
Sebab apa kau cari dia?? Sebab kau tahu hanya dia je yang akan dapat selesaikan semua masalah kau dan dia jugaklah yang akan buat kau rasa tenang serta lupakan semua masalah yang terbuku dekat hati kau. Kau rasa dengan melihat senyuman dia je, kau dah gembira. Untuk aku, ibu adalah orang yang paling aku akan bahagiakan berbanding daripada nak bahagiakan girlfriend atau boyfriend sebab apa kalau kita kehilangan gf atau bf kita boleh cari pegganti tapi adakah kita dapat cari pegganti ibu kita??
Kalau ada pun aku tak rasa sama macam perangai ibu yang dah jaga kita sejak dari kecil lagi. Kenapa aku hanya sebut pasal ibu je sedangkan aku ada keluarga lain seperti ayah, abang dan kakak? Aku tak sebut pasal dorang sebab aku rasa aku tak layak sebut pasal dorang. Tipulah aku tak sayangkan dorang tapi bagi aku selepas je aku hilang mak aku 9 tahun yang lepas, hidup aku jadi berubah 100%.
Aku berubah menjadi seorang yang pendiam,kalau dulu orang boleh dengar gelak tawa riang aku tapi sekarang tidak lagi. Mungkin mereka akan dengar tapi tidaklah sekerap yang selalu mereka dengari kerana aku rasa jiwa dan perasaan aku terkubur bersama jasad mak aku yang telah ditelan bumi. Bukan aku tidak menerima hakikat yang Allah berikan kepada aku tetapi susah sebenarnya untuk kita lupakan kenangan manis kita bersama insan yang melahirkan kita. Terlalu perit rasanya untuk aku telan semua itu.
Ibuku meninggal dunia ketika aku masih berumur 9 tahun ketika itu aku berada di rumah tetapi kerana aku masih kebudak-budakan aku meninggal ibuku yang sedang sakit itu untuk pergi ke rumah saudara aku yang tinggal tidak jauh daripada rumah aku. Disebabkan kebodohan aku, aku tinggalkan dia yang sedang bersusah payah menyedut gas untuk melegakan sakit dadanya. Sehinggalah aku pulang ke rumah, aku melihat dia dalam keadaan yang terlalu payah untuk mencari nafas. Aku mula menangis dan pergi kearahnya seraya itu aku mula berkata
"Mak, mak okay ke?? Kenapa mak susah sangat nak bernafas?? Mak nak adik buat apa?? Mak nak adik panggilkan orang?? Mak janganlah macam ni.. Mak okay tak??" Bertubi-tubi soalan yang keluar daripada mulut aku. Oleh kerana aku terlalu risau melihat keadaanya aku menangis teresak-esak.
Kerana melihat muka aku yang penuh kerisauan itu, mak aku pun mengukirkan senyuman sambil berkata 'Adik, jangan risau ye. Mak okay je ni cuma sakit dada sikit je, kalau adik lapar adik pergi makan kt rumah busu ye.'
Aku menjadi buntu, kau bayangkan budak umur 9 tahun hadap benda tu sorang2. Memang x berfungsi otak dia nak buat apa2, aku menangis dan terus menangis di sisi ibu aku yabg semakin lemah.
Setelah beberapa jam berlalu, tepat pada pukul 6.50 abang aku tiba daripada sekolah. Dengan langkah yang laju aku berlari kearah abang aku dan memberitahu dia apa yang terjadi pada ibu kami.
Terjelas sungguh kerisauan di mukanya, dia masuk ke dalam rumah lalu mendapatkan ibuku dan bertanya "'Mak, ni abang ni. Mak okay ke? Mak nak abang panggil mak cik saudara yang lain??"'
Ibu ku tak menjawab malah kelihatan semakin lemah, aku melihat ibuku cuba mencari nafas dengan menyedut alat oksigen pernafasan itu dengan kerap. Abang aku mengambil keputusan untuk pergi ke rumah mak cik saudara kami yang terletak tidak jauh daripada rumah kami.
Kami berdua mengayuh basikal dengan lajunya tanpa mempedulikan keadaan di sekeliling. Aku masih mengalirkan mata dan berdoa tiada apa2 yang berlaku pada ibuku sepanjang kami keluar untuk mencari bantuan..
Tiba di rumah mak cik saudara kami, kami memberi salam tetapi sayangnya tiada suatu nyahutan pun dibalas oleh mereka. Kami menjadi hilang arah dan terus pulang ke rumah..Setibanya aku di rumah, aku melihat ibuku telah diangkut masuk ke dalam kereta oleh pak cik dan mak cik saudara ku. Fuh~rupanya sewaktu kami ke rumah mereka, mereka sudah tiba di rumah kami.
Setelah itu, ibuku dibawa ke klinik yang berhampiran dengan kawasan perumahan kami. Aku dan abang ku duduk di rumah saudara aku sambil ditenangkan oleh mak cik saudara aku yang lain.Aku berkata kepada mak cik aku yang aku ingin menjaga ibuku jika dia kembali sihat nanti, aku ingin berada di sisi dia..
Tetapi...
Apakan daya pada pukul 7.30 malam aku dikejutkan dengan khabar berita bahawa ibuku telah pulang kerahmatullah, ketika itu aku rasa dunia seakan terhenti dan juga aku hilang tenaga untuk berdiri.Aku menjerit kepada makcik aku "Tidakk takk makkkk, kenapaaa makk tak tinggalkan adik kann??"
Aku memang tidak boleh menerima kenyataan bahawa ibuku telah pergi, abangku sudah diam tidak berkata. Dia pun terkejut mendengar apa yang baru dikatakan oleh mak cik aku.--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
*next chapter i will continue this story. Ini diambil daripada kisah benar tetapi diubah sedikit jalan ceritanya. Thank you kepada yabg sudi baca😀*
VOUS LISEZ
F.A.M.I.L.Y
Non-FictionThis time i would like to wrote story about family.. it may not be the best story that i have wrote but pliss support me-author #peace😂✌