Episod 18 : Taring Sang Raja

15 0 0
                                    


Sela terus mengacukan pedang Zyuoh Buster kearah Khalid yang berguling di tanah bagi mengelak dari semua serangannya. "nanti dulu. kenapa awak serang saya,hah?!" Khalid bertanya kepada Sela yang terus menyerangnya. "huh,nampaknya awak masih lemah," Sela menghentikan serangannya. " macam manalah Kiva boleh pilih awak untuk hapuskan kejahatan?" Khalid hanya memandang ke arah Sela. tiba-tiba, Diend muncul secara tiba-tiba di hadapan mereka sambil mengacukan Diendriver ke arah Amuria. Ooo menghalang Diend menggunakan Medajalibur. "aku memang pantang kalau ada penghalang," Diend beritahu Ooo. "apa yang kau nak? kenapa kau nak tembak Amuria,hah?!!" Ooo bertanya kepada Diend. Diend mengeluarkan tiga kad Amazon riders lalu memasukkannya ke dalam Diendriver.

"KAMEN RIDE..AMAZON ALPHA"
"KAMEN RIDE..AMAZON NEO"
"KAMEN RIDE..AMAZON"

     Diend menembak tiga cahaya berwarna dan Amazon,Alpha dan Neo muncul di hadapan mereka. Khalid mengeluarkan kad Omega lalu memasukkan ke dalam Decadriver.
"KAMEN RIDE..AMAZON OMEGA" "EVOLU-E-E-EVOLUTION"
Dcd Omega bersiap sedia untuk membantu Ooo tetapi diserang oleh Amazon Alpha. Amazon dan Neo menyerang Ooo. Sela bertukar menjadi Zyuoh Shark lalu membawa Amuria ke tempat selamat. Diend cuba mengejar mereka apabila percikan bunga api meletup dihadapannya. Rupanya,Lost Ankh juga hendak mencuri Core Medal. "malang sekali,Core Medal Amuria jadi milik aku" Lost Ankh memetik jarinya dan Hagetaka Yummy muncul dan menyerang Diend.

Pada masa yang sama,Dcd Omega dan Ooo mengalahkan Alpha,Amazon dan Neo. Dcd Omega kemudiannya melompat ke arah Hagetaka Yummy lalu menetak badannya menggunakan bilah di sarung tangannya. "aku serahkan raksasa ni pada kau..." Diend kemudiannya menghilangkan dirinya.Lost Ankh kemudiannya mencampakkan beberapa Cell Medal yang patah lalu beberapa Waste Yummy muncul.Dcd Omega dan Ooo terpaksa berundur beberapa langkah sebelum Mezool muncul dihadapan mereka, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.Mezool membantu Dcd Omega dan Ooo dengan membawa mereka dengan gelombang air. "Aku dah agak. Mezool mmg pengkhianat.." Lost Ankh berkata sendirian sambil matanya memandang persekitarannya.

Di pelabuhan, Mezool(h) menghantar mereka ke jeti. "terima kasih,Mezool.tapi,kenapa awak tolong kami?" Ooo bertanya.
"jawapan saya senang je,Ooo. saya selamatkan awak sebab...."
"saya jatuh cinta pada awak." beritahu Mezool(h) sambil tertunduk kerana malu. "hah???" Syukri menganga kerana terkejut, Khalid pula ketawa bersendirian.

     Mezool (h) cuba memeluk Syukri, tetapi Syukri cuba mengelak dari dipeluk oleh gadis Greeed itu. " Nanti, apa yang awak maksudkan awak suka kat saya ,hah?" Mezool baru sahaja hendak menjawab soalan Syukri apabila kilat sambar-menyambar lalu menyerang mereka. Uva muncul lalu menarik Mezool dari Syukri. " Sekarang kau takkan terlepas, pembelot," Uva merenung tajam ke arah Mezool yang cuba melepaskan dirinya lalu memandang ke arah Khalid dan Syukri. 

" Oh ya Decade, kawan Zyuoh Shark kau tu aku culik skali sebab kitorang ada rancangan yang bagus untuk diorang," kata Uva sambil memandang ke arah Mezool. Uva kemudiannya melompat sambil berkata sesuatu dgn kuat, " jumpa di hutan lapang...."

Sejam kemudian, Khalid dan Syukri sudah sampai di tempat yang dinyatakan oleh Uva. Khalid mendapati Diend sedang melawan sekumpulan Waste Yummy dan duo Kabuto Yummy dan Hagetaka Yummy. Diend mengeluarkan kad lalu memasukkannya ke dalam Diendriver.
"KAMEN RIDE.. EX-AID"
Diend menembak cahaya berwarna yang kemudiannya menjadi Ex-aid. Ex-aid melawan Kabuto Yummy dan Hagetaka Yummy sementara Diend menembak beberapa Waste Yummy. Diend mengeluarkan kad lain lalu memasukkannya ke dalam Diendriver.
"FINAL FORM RIDE..E-E-E-EX-AID!"
" Sakit sekejap je ni" Diend menembak ke arah Ex-aid dan Ex-aid bertukar menjadi Ex-aid Gashacon Breaker. Khalid hanya memandang ke arah Gashacon Breaker gergasi itu. " Kalau kau nak tau, inilah Final form ride Ex-aid versi kedua," terang Diend sambil menghayunkannya kearah Waste Yummy dan membunuh mereka. Kabuto dan Hagetaka Yummy berundur beberapa langkah. Diend mengeluarkan kad lain lalu memasukkannya ke dalam Diendriver.

Kamen Rider Decade : Atarashii no SekaiWhere stories live. Discover now