"Mimi dah pukul 8 tolong ingatkan aku angkat kek dekat oven tu, kalau tak kau angkat terus kalau tengok dah masak"
"Baik bos!" Yang duduk sofa sambil bermain game trend terkini iaitu pubg. Sape main, sape main ? Kita geng !!!----------
"Assalammualaikum" pintu rumah diketuk dua tiga kali. Mimi berdiri dan menuju ke arah tingkap rumah ,dan ya nak tahu siapa kat luar rumah? Mak Piah. Pengutip hutang tempatan !!!
'Matilahnak , mak cik ni datang !!!!' Jerit hati Mimi. Maklumlah sudah masuk 3 bulan bayaran hutang masih tertunggak.Bil air je pun dah 2 bulan tak bayar lagi. 'Haih duniawi-duniawi,
kenapa seksa aku macam ni ?' Jerit hati kecil Mimi."Tok,tok,tok" ketukan makin kuat . Geram rasanya Mak Piah, dah ketuk banyak kali pun masih tak dengar.
"Assalammualaikum !!!" Mak Piah memberi salam lagi. 'Hmm,takpelah.. redho Mimi ,redho' Mimi menarik nafas sebelum membuka pintu. "Waalaikumsalam" pintu dibuka.
"Haa, ada pun orang Mak Piah ingat dah mati dah penghuni rumah ni"cakap Mak Piah. 'Eee main cakap lepas je orang tua ni,ee geramnye aku rasa nak cili je mulut dia' Marah Mimi dalam hati.
"Haa ni ha, Mak Piah nak .." belum habis lagi Mimi dah potong. "Lagi seminggu bole?" Tanya Mimi. "Seminggu apa kamu ni? Merepek apa ni? Mak Piah nak bagi ni haa, nasi lemak tadi masak lebih" menghulurkan beg plastik yang terletak di dalamnya 2 polistrin putih.
Mimi menarik nafas lega.
'Alhamdulillah, orang tua ni tak ingat pasal duit rumah. Fuhh' Mak Piah melangkah pergi. Setapak ,dua tapak dan berhenti tiba-tiba. "Haa lagi satu..."
'Alamak , dia ingat ke ? Ya Allah selamatkan aku ya Allah'"...malam Sabtu nanti kenduri taman , kamu berdua pergi?" "Oh,haa tak pasti lagilaa Mak Piah, tengoklah dulu macam mana, takut sama hari dengan majlis konvo nanti" "Haa yelah, nanti confirmkan sebab Mak Piah nak kira terus berapa orang makan" "okay, apa-apa Whatsapp" Mimi merapatkan ibu jarinya dengan jari telunjuknya,
tanda okey. Mak Piah membalas dengan senyumannya.Dengan cepat Mimi menutup pintu lalu meletakkan nasi lemak tadi ke atas meja dapurnya. "Hadoi, sib baik dia tak ingat.. fuhhh" Mimi mengambil phonenya lalu membuka game pubg .
'Dah nak naik crown dah ni, lagi sikit yayyyy!!!'Tiba-tiba, Mimi terbau sesuatu yang sangat wangi. "Haa sedapnya bau" 'eh kek!!!!!' Mimi terus berlari ke dapur. Kek dah hangus. Mimi terdrngar bunyi pintu bilik air dibuka. 'Alamak apa aku nak buat ni? Alaaa alaaa , haa aku tau !'
Ok, so this is the next chapter . Apa yang Mimi nak buat tu? Anything you want to ask just drop the comment here! Bye and don't forget to vote me. Ehekk!
YOU ARE READING
Sayang kau !
RomanceMemilih yang pernah berpunya, yang masih berpunya atau yang tidak pernah melaluinya.