Edn

191 14 12
                                    

"Suatu masa dahulu, terpetik lah cerita dari kaum-kaum yang----

"Kaum apa. Apa yang kamu cuba katakan."

Pencerita yang telah diganggu hanya memandang tajam pada si penganggu.

Terciut dari amarah si pencerita, si penganggu hanya tersenyum malu dan menunduk.

"Kaum-kaum tersebut bukanlah seperti yang kita fikirkan. Mereka datang dari kehidupan yang kini kita panggil, haiwan"

"Pfftt"

Sekali lagi, si pencerita merasa terganggu oleh si pendengar yang kini terkekeh dengan sendirinya.

"Maaf. Teruskan"

"Dulu, mereka dipanggil sebagai jelmaan. Menjelma dari seekor haiwan kepada bentuk manusia. Dan dulu, ditempat kita berdiri inilah hidupnya sepasang makhluk jelmaan. Seekor kura-kura dan seekor burung penguin"

Merasa cuikan dari si pendengar, si pencerita berhenti dan menoleh ke sisi nya.

"Kyu"

"Ya?"

"Kita di seoul. Atas bumbung asrama. Di Seoul. Tidak mungkin penguin boleh hidup di cuaca negara kita."

Kyuhyun menepuk dahinya kuat. Memikirkan betapa sucinya pemikiran si hyung tercinta.

"Yesung hyung. Nama pun cerita-cerita tokoh. Bodoh itu simpan sedikit"

Yesung merengus. Si pemilik ketinggian yang tidak melebihi si tinggi mulai merajuk dari ejekan itu. Membuang pandangannya dari si tinggi dengan sesekali berkumat kemit, merasa tidak puas hati dengan ejekan tersebut.

"Jadi, jangan potong cerita lagi, okay?"  Kyuhyun mengintai dari sudut bahunya dan tersenyum menang apabila si kecil menunduk malu.

"Si kura-kura tinggal di kalangan haiwan yang lain. Di mana sekumpulan haiwan yang sungguh tidak kenal erti spesis dan tinggal sebagai sebuah keluarga. Suatu hari, mereka didatangi oleh seekor penguin yang telah lari dari keluarganya."

"Kyu"

"Ya"

"Kenapa penguin itu lari?"

"Kerana penguin itu ingin menjadi sesuatu yang ditentang oleh keluarganya. Terjadilah pertengkaran dimana ayah si penguin mencabar si penguin untuk membuktikan kemampuan dia untuk impiannya sendiri"

"Oh. Kasihan si penguin."

Kyuhyun tersenyum atas keikhlasan Yesung. Tersentuh atas simpati yang mampu si hyung berikan atas cerita yang ia reka 5minit lepas.

"Si penguin meminta untuk sekumpulan haiwan itu menerima dirinya yang terpinggir. Walaupun segelintir dari mereka menerimanya, setengah dari mereka menunjukan perasan kurang senang atas penerimaan itu. Tapi tidak bagi si kura-kura. Si kura-kura dengan gembiranya menyaumbut hangat kedatangan si penguin."

Kyuhyun meneruskan lagi dengan cerita dongeng rekaannya. Sesekali mengintip reaksi si hyungnya yang tetap setia di sisinya.

"Kyu."

"Ya hyung?"

"Kenapa... Macam pernah dengar cerita ini?"

"Pernah ke?"

"Em. Kura-kura tu.... Hyung nya?"

Kyuhyun hanya senyum manis tanpa sebarang kata-kata.

"Dah larut. Jom lah balik ke asrama" kata Kyuhyun sambil menarik si hyung berdiri.

Yesung hanya mengikut si maknae dengan tatapan aneh. Memikirkan bagaimana cerita rakyat tadi terlampau mirip dengan kisah hidupnya, dengan Kyuhyun.

Penguin Dan Kura-kura ✅ Where stories live. Discover now