Pernah suatu ketika,
Aku mengejar kesempurnaan.Rupa , Harta , Peribadi ,
Semuanya aku titikberatkan.
Aku cukup berhati-hati dlm memilih,
Kerna aku terlalu mahukan yg sempurnaTatkala,
Pertemuaan kau dan aku,
Tuhan telah membuka
Mata dan pintu hatiku,
Menyedarkan aku
Yg sempurna itu tidak wujud.Perkenalan kita
Membuatkan aku semakin
Matang dlm menilai manusia,Manusia,
Tak sempurna.
Manusia,
Berbuat dosa.Dan aku terima semua
Tentang masa silammu,
Yg ternoda,Gaya hidupmu yg
Terlalu jauh bezanya dgn hidupku,Aku tahu,
Mungkin aku masih terlalu naif
Bagi kau.Terlalu suci,
Hidupku tak pernah ternoda
Bagi kau.Aku juga tak mahu ceritakan
Tentang dosa yg sudah hampir aku lupakan.Bukannya, aku mahu berlagak suci
Cuma, aku rasa aku terlalu malu
Utk ceritakan dosa yg pernah aku lalui.Dan kerana tohmahan kau
Bahwa aku terlampau suci,Kini,
Aku sekali lagi,
Mencipta masa silam yg penuh noda,
Utk aku lupakan
Pada masa hadapan.Tak ada logiknya
Utk aku nodai diri sendiri,
Karna kauHanya utk tenangkan diri
Yg sudah
Lemas dlm kekecewaan,Tapi, mana ada hati
Yg akn pernah tenang
Berbuat dosa.