Percaya.
Pada awalnya, sudah ku tau
Ada yang lain dihatinya.Tapi aku diyakinkan bahawa hanya aku yang menguasai hatinya.
Aku percaya. Pertaruhkan semua kepercayaan yang aku ada.
Ketika mulai berbunga, perhatiannya semua untukku, masanya.
Aku tak mahu tersakiti.
Aku meminta untuk hanya setia pada aku.Aku diberikan alasan, tidak mahu melepaskan dirinya.
Berikannya sedikit masa.
Aku ditaburi janji. Janji yang membuatku percaya sekuat kuatnya hanya aku yang paling bermakna dalam hidup.
Sedang enak merasai kemanisan percintaan.
Terjumpa kepahitan.
Remuk sedikit hatiku.Kepercayaan ku sedikit terusik.
Kepahitan itu tak pernah lekang dari fikiran aku.
Aku beri lagi sekali ruang, dan peluang. Kembali beri kepercayaan ku.
Memang hubungan ini seperti berumah di tepi pantai.
Kadangkala asyik dibuai angin laut. Nyaman dan menenangkan.
Kadangkala ribut dilanda ombak yang kadang pasang kadang surut.
Namun, aku kuatkan hati kerana satu janji untuk bersama selamanya walaupun dilanda tsunami meranapkan semua yang ada.
Berumah di tepi pantai, makin hari pasti makin terhakis tanah dibawa air.
Sehari-hari dilambung air masin. Pasti sudah kebal.
Begitu juga keadaan kami berdua.
Ketika manisnya, ibarat menemui gula di air laut.
Ketika pahitnya, ibarat terminum air laut ketika berenang di pantai.
Sekali lagi , aku temui kepahitan di celah celah kemanisan.
Alasan yang sama diberinya. Tetapi fikiran ku, tak pernah berhenti memikirkannya. Walaupun aku terpaksa mempamerkan kerelaan di mata tapi tidak di hati.
Namun, aku masih, masih lagi pertahankan hati.
Bertahan, itu yang aku mampu lakukan.
Tapi sekuat mana sekalipun akar pohon bertahan. Namun seringkali ditiup angin pasti tumbang.
Semakin hari, semakin kurang rasa di hati.
Dan aku, aku tak rela diduakan.
Korbankan perasaan ku.Semakin lama, aku rasakan yang cuma aku yang bertahan.
Cuma aku yang ketepikan perasaan aku. Hati yang lain ku letakkan di atas hatiku.
Dan akhirnya aku memilih untuk mengundurkan diri, pergi dari semua keadaan ini.
Biarlah hati ku sakit untuk seketika ini sahaja. Dari sakit setiap masa.
Aku wanita, pasti akan sakit sepertinya juga.
Lama kelamaan, pasti akan ketahuan.
Aku tidak melihat cinta kalian. Tapi aku dapat rasakan yang perasaan itu ada.
Aku tak mahu, menjadi punca kesakitan wanita lain.
Meskipun sakit ketika ini , aku lebih rela bersendiri. Tak mahu perkara ini terjadi pada diriku suatu saat nanti.
Pergilah kau berbahagia. Aku tak apa-apa.
Meski bibir ku mengukirkan senyuman. Hati ku masih di rawati. Tak mampu tersenyum lagi.
Hati aku mungkin akan lumpuh. Tapi perlukan waktu yang bertahun lamanya untuk kembali berfungsi.
Biarlah aku sendiri.
Tiada cinta, hatiku tidak akan mati.