Love is Life💞

2 0 0
                                    

Tatsumi Ryu adalah budak yang baik, pendiam, dan tidak suka membuang masa. Malah keluarganya sangat tidak menyukai dengan perangai Ryu yang baik itu. Pada suatu hari Ryu di tampar oleh ibunya kerana Ryu menyuruh ibunya untuk berubah lalu Ryu dibuang dari keluarganya. Setelah itu Ryu telah hidup berseorangan dan menjadi seorang pengemis di tepi jalan. Pada suatu hari hujan turun renyai-renyai tiba-tiba ada seorang wanita bersama anaknya yang sedang memegang sekaki payung melihat Ryu lalu berasa kasihan lalu dibawa ke rumah.

Tiba dirumah wanita tersebut Ryu terkejut kerana mereka adalah segolongan orang yang kaya .Wanita tersebut ingin menjadikan Ryu sebagai anak angkat lalu Ryu tidak bersetuju. Ryu telah membuat keputusan untuk menjadi orang gaji mereka. Setelah hari itu Ryu telah dirasmikan sebagai orang gaji dan akan menjaga anaknya yang bernama Melissa sekiranya ibu dan bapa Melissa tidak pulang ke rumah. Pada satu hari Ryu menegur Melissa dengan berkata "hye" Melissa malah tidak berbalas dan terus masuk ke biliknya. Sikap Melissa yang sombong itu menyentuh perasaan Ryu. Kehidupan Ryu terus berlanjut seperti ini.

7 tahun kemudian...ibu bapa Melissa meninggal dunia akibat kemalangan. Melissa sangat sedih sehingga tidak keluar dari bilik dan terus menangis. Sejak hari itu kehidupan Melissa berubah dan semakin perasaan benci kepada Ryu. Ryu cuba untuk meredakan kesedihan Melissa malah Yuuna hanya menyuruh Ryu diam dan tidak bercakap dengannya lagi. Ryu hanya mengikut kata-kata Melissa dan diam lalu menangis secara perlahan lahan di sebalik pintu bilik Melissa. Keesokkan harinya Melissa terkena demam panas lalu pengsan di ruang tamu Ryu yang sedang membersihkan ruang tamu terkejut melihat Melissa lalu mengangkat Melissa dan berlari membawa Melissa ke hospital kerana Ryu tidak pandai untuk membawa kenderaan.

Beberapa jam kemudian Melissa tersedar dan melihat rakan-rakan perempuannya yang datang untuk melawat lalu bertanya "siapa yang membawaku kesini". Ryu yang berada di tepi Melissa menjawab yang bahawa rakannya membawanya ke sini. Melissa terkejut kerana tidak sedar yang Ryu berada di sebelahnya dan memarahinya kerana menjawab pertanyaan Melissa kepada rakannya. Ryu keluar dari wad dan memberi petunjuk kepada rakan Melissa agar tidak memberi tahu perkara yang sebenar.

Melissa perlu tinggal di hospital selamat 3 hari lagi agar dia sembuh dengan baik. Ryu yang sendirian di rumah hanya membuat apa yang perlu dan Ryu merasa kebosanan. Melissa yang berada di hospital juga merasa kebosanan dan takut kerana tidak ada yang menemaninya. Melissa terbangun dari tidurnya pada tengah malam dan ternampak Ryu yang sedang duduk di sebelah katilnya sambil tertidur. Melissa terkejut dan telah mengejutkan Ryu yang sedang tidur lalu Melissa bertanya kenapa tidak pulang ke rumah Ryu menjawab yang dia merisaukan Melissa yang sendirian di hospital ini. Melissa bangun dari katil dengan niat ingin memukul Ryu malah terjatuh di atas Ryu. Melissa merasa sangat malu dan mukanya memerah. Sejak peristiwa ini hati Melissa merasa lain terhadap Ryu. Ryu tidak berkata apa apa terus mengangkat Melissa ke atas katil dan merasa sedikit malu. Melissa dengan perlahan mengeluarkan kata "maaf" kepada Ryu dan menyuruh Ryu untuk melupakan kejadian ini.

Selepas 3 hari Melissa keluar dari hospital dan berjalan kaki pulang ke rumah tiba tiba Ryu datang menjemputnya dengan membawa basikal. Melissa ingin menolak ajakannya tetapi hari terlalu panas dan tidak Ada texi yang lalu Melissa terpaksa menerima kerana ingin pulang dengan cepat dan tidak memenatkan. Dalam perjalanan Melissa menikmati angin dari kecepatan Ryu yang mengayuh basikal dengan bersemangat. Melissa tersenyum melihatnya lalu menyuruh Ryu untuk berhenti seketika dan membeli ais krim kerana cuaca yang agak panas. Melissa memberi ais krim kepada Ryu dan Ryu kepelikan dengan sikap Melissa saat ini. Ryu ingin bertanya tetapi tidak berani kerana takut dimarahi. Ryu sangat menghormati Melissa dan menerima ais krim tersebut sambil mengucapkan terima kasih. Ryu berehat seketika dan duduk di atas bangku sambil memakan ais krimnya bersama Melissa. Melissa memberi tahu Ryu yang dia membencinya Ryu membalas yang bahawa dia tahu dan walaupun Melissa membencinya dia tetap akan menjaganya. Selepas mendengarnya Melissa tersipu malu dan memasukkan ais krimnya ke dalam mulut Ryu.

Setelah sampai di rumah kehidupan baru mereka bermula. Melissa telah berubah sikapnya dan tidak memarahi Ryu lagi. Keesokkan harinya, Melissa pergi keluar bersama rakannya untuk membeli belah dan Ryu ingin mengikutinya tetapi Melissa tidak membenarkannya untuk ikut bersama. Ryu sangatlah ingin menjaga Melissa dengan baik lalu mengikutinya secara diam-diam. Setelah beberapa lama mengikutinya rakannya Melissa mengangkat panggilan telefon dan lalu pergi dari sana Melissa bersendirian dan lalu pulang. Dalam perjalanan pulang Melissa melalui jalan pintas yang Ryu tidak tahu dan terserempak dengan 2 orang lelaki. Lelaki-lelaki tersebut memegang Melissa dan ingin merogolnya. Ryu terus memunculkan diri dan ingin menyelamatkan Melissa tetapi tidak mampu mengalahkan lelaki-lelaki tersebut. Ryu hanya dapat menahan mereka dan memberi peluang supaya Melissa dapat melarikan diri tetapi Melissa tidak melarikan diri kerana ingin menolong Ryu yang sedang dipukul sampailah Ryu menjerit kepada Melissa supaya lari lalu Melissa berlari sambil menangis. Setelah Melissa selamat menyelamatkan diri Melissa terus memberi tahu anggota polis secepat yang mungkin. Akhirnya polis tiba tetapi tidak tepat pada masa kerana Ryu telah ditikam oleh lelaki-lelaki tersebut. Mereka ditangkap tetapi Ryu hampir tidak berupaya dan dibawa ke hospital Melissa hanya menangis pada waktu itu. Di hospital Melissa terbayang masa silamnya bersama Ryu semasa kecil yang selalu memarahi Ryu sampai remaja dan Ryu tetap menghormatinya membuatkannya berasa bersalah dan jatuh cinta kepada Ryu.

Setelah 1 bulan Ryu koma dia tersedar dan melihat Melissa yang memegang tangannya sambil tertidur. Melissa terbangun dari tidur lalu menangis bahagia melihat Ryu telah sedar dari koma. Melissa merasa sangat kesepian semasa Ryu tidak bangun dan akhirnya Melissa mengatakan bahawa dia telah mencitainya Tatsumi Ryu. Ryu sangat gembira apabila mendengar perkataan tersebut lalu menerima cinta Melissa dengan hati yang terbuka sambil memeluk Melissa. 2 tahun kemudian mereka telah membina sebuah keluarga dan hidup bahagia.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 19, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Love is LifeWhere stories live. Discover now