♡♡♡
a few months past since miri's lost. aku dah boleh di katakan move on sepenuhnya dan taknak tangisi pemergian dia lagi. kau tak perlu tangisi perkara yang dah berlalu.
about that girl, seunri? kami jadi rapat sebab aku selalu singgah kafe tempat dia bekerja. dan seperti biasa, kami berdua jadi rapat tanpa dia mengetahui identiti sebenar aku lagi.
yang aku merupakan seorang idolah, yang berjumpa dia di sebalik topeng hitam yang menutupi separuh daripada wajah aku. dia masih panggil aku dengan nama panggilan 'yong' lagi.
anehnya, dia buatkan nama tu kedengaran lebih comel dari yang sepatutnya. aku selesa dengan nama yang dia panggil tu.
aku dah tak bermalam kat dorm lagi. tak tahu kenapa. aku sendiri yang buat keputusan untuk kekal tinggal bersendirian dan mengasingkan diri daripada mereka.
mujurlah tak ada sebarang bantahan daripada member group sendiri.
"aku terpaksa balik lewat malam ni. kerja syif malam. mari lah datang singgah kafe sekejap. boleh aku belanja minum." ;seunri
aku tersenyum melihat mesej daripada dia yang tertera di skrin telefon aku. sekarang pukul 10:45 pm. patut ke aku singgah?
daripada duduk sendirian kat rumah, baik aku singgah teman dia sampai habis bekerja syif malam. tambahan lagi, aku buat keputusan nak beritahu identiti aku pada dia.
kami dah jadi semakin rapat kut. aku rasa semuanya akan okey je kalau aku beritahu identiti yang aku ni seorang idolah.
"aku akan datang. kejap lagi sampai." ;taeyong
aku lekas mengenakan kemeja-t berwarna hitam, kemudian menyarungkan topeng hitam menutupi separuh daripada wajah ku. datang-datang aku explain lah, and langsung beritahu identiti aku.
dia takkan terkejut punya. aku pasti.
tapi pasti ke?
♡
[seunri]"cakap sampai kejap lagi. baru sekarang nak sampai?" aku mencebik, sejurus selepas aku nampak yong melangkah masuk ke dalam kafe tu.
dia tunduk, menunjukkan tanda minta maaf, kemudian mengambil tempat duduk di hadapan kaunter.
"seorang diri je?" soalnya, melibas kemeja-t berwarna hitam yang di pakainya.
"semua pekerja dah pulang. dan aku dah tutup kedai. tunggu kau je sekarang." aku menyandarkan tubuhku ke arah meja kaunter, ingin menyelesakan diri aku.
YOU ARE READING
[ONGOING] metanoia » taeyong
Romance| a journey to change one's life, heart, self or way of life |