Chapter 1

27 1 0
                                    

" I choose to love and I choose You! "

"Carl Danish"

Tall boy with messy hair. Mostly memanggilnya dengan nickname "Carl" kecuali aku. Aku panggil dia "sayang" tapi dalam diam je mampu huhu.Kalau face to face mahu di cop tak malu. Lelaki itu digeruni ramai kerana kekal dengan muka dinginnya.

Tetapi itu tidak menjejaskan wajahnya.Jawline yang jelas kelihatan bersama rambut yang sedikit terjuntai di dahi dan pandangan sinis. Bak kata orang, Kalau nampak Carl Danish tersenyum boleh buat kenduri kesyukuran 44 hari.

"LUCY MELLISA! "

Haa tu nama aku lah tu. Sedap kan? cuma takboleh makan je hmm. Eh jap siapa yang panggil tadi...

Terbantut lamunan apabila rakan sebelahku, Tania menyenggol sedikit tangan ku. Hmm aku baru nak berangan putera raja.

"Please pay attention Lucy! Awak berangan apa tersengih sorang sorang tadi? Saya nak awak fokus pada SPM bukan bercinta sampai berangan dalam kelas saya. Saya taknak cinta monyet ni buat pelajaran awak terganggu..." Hujah guru chemistry nya, Miss Suzy. Dengar tu ye anak anak!

Eh sejak bila pulak aku jadi mak korang?

"I'm sorry miss. Janji tak berangan lagi dah. " Aku tersengih menampakkan gigi dan lesung pipi.

Aku mengaku aku berangan je. Part cinta monyet tu tak okeyy. Apalah miss ni pun kalau Carl bercinta dengan aku bukan setakat berangan dalam kelas dia je makan tak kenyang mandi tak basah tido termimpikan Carl huishh berangan lagi.

Miss Suzy keluar dari kelas sebaik sahaja lonceng rehat berbunyi. Berpusu-pusu pelajar mahu ke kantin. Aku meletakkan kepala di atas meja cuba melelapkan mata. Sumpah aku ngantuk gila sebab siapkan homework Miss suzy semalam.

Lena aku diganggu apabila merasakan sesuatu mencucuk pipi putih gebuku hikhik.

"Janganlah Tania aku ngantuk ni.. " rengek ku dengan mata masih tertutup.

"Bangun sayaaaaang.."meleret-leret bisikan itu ditelinga. Weh makhluk penggoda mana pulak yang mengacau beta beradu ini ! Aku korek jugak kang anak tekak tuan empunya suara yang seksi ni hukhuk.

Serta merta mata yang kuyu tadi bertukar segar bugar dan dihidangkan dengan seorang pelajar lelaki yang tersenyum manis.

Faiz Naufal,Rakas sekelasnya.Pengawas yang terkenal dengan senyuman manis. Boleh tahan hensem tapi hensem lagi Carl ahakk.

"Kau kenapa tak turun rehat ? " tanya faiz.

"Kejap lagilah. Aku malas nak berebut. Kau kenapa tak turun lagi? "

"Sebab kau tak turun. "jawab faiz selamba.

"Haa? apa kena mengena dengan aku. Kau nak turun tu turun jelah. " aku mengerutkan kening .pelik.

"Kita turun sama-sama lah baru macam sweet couple. " Heh, bukan setakat kaya dengan senyuman manis, kaya dengan ayat manis sekali.

"Ayat kau dah basi lah iz eh by the way mana Tania? " dipandang sekilas meja belajar di sebelahnya.

"Tania pergi toilet. Dia pesan suruh tunggu dia kejap lagi sampailah tu. "

"Oh" Aku hanya mengangguk dengan mulut di 'o' kan. Eh jap kalau Tania pergi tandas habis siapa yang kacau tidurnya tadi.

Matanya menikam tajam wajah Faiz Naufal di hadapan. "So kau lah yang kacau tuan puteri tidur lena tadi? "

"Hehe." sengih Faiz. Aduhmak tak jadi nak marah tengok senyuman dia. Omggggg kenapa hidup aku penuh dengan jejaka jejaka kacak. Tak kuat lah hati den ni!

...

"Aku nak air kotak Dutch lady Strawberry dengan Nasi ayam. " Duit not 10 dihulur kepada Tania.

Biasanya, aku yang jaga tempat kitaorang. Meja di pondok berdekatan gelangang bola jaring fuh memang tempat paling statik.

5 minit kemudian Tania datang dengan sedulang makanan yang dipesan.

"Harini ada practice bola jaringlah Tania. "kata ku sambil menepuk tangan teruja.

Mata Tania juga mula bersinar-sinar.Zack Rafiq, crush Tania salah seorang ahli bola jaring. Disebabkan Tania ni memang minat sukan bola jaring secara tak lansungnya dia juga minat Zack yang tangkas dalam bermain.

Tapi Leader Nettball lagi hebat okehh siapa lagi kalau bukan Carl Danish saya ewahh.

Punya lah kusyuk aku tenung anak teruna orang tengah berpeluh peluh push up tiba tiba mata empunya badan menangkap anak mata aku yang sedari tadi memerhatikannya.

Allah! Berderau darah aku. Mata cepat cepat dikalihkan ke arah lain. Muka dah naik memerah. Aduhmak malunya kantoi !

Tanganku dibawa ke jantung. Lajunya. Dia baru pandang jantung dah macam baru lepas lari marathon belum lagi dia senyum. Tak berdegup jantung ni. Innallilah.

Pap! bahu kanan aku ditepuk kuat.

"Dari tadi aku panggil kau tahu tak? Berangan apa haa.. "sergah Tania. Geram pula dengan perangai Lucy yang kuat berangan.

"Ma-mana ada aku berangan." jawabku dengan nafas yang tidak teratur.

"Sejak bila kau gagap ni Lucy? Dengan muka merahnya .Kau sakit ke.. "

"Takdelah. Panas kot tu yang muka aku merah."

Nak je aku jawab "Ye Tania aku sakit. Sakit yang ubatnya cuma Carl Danish HAHAHA."

...

Sedang ralit berlatih, Carl merasa ada sepasang mata yang memerhatikannya dari jauh. Gotcha! Merah muka pelajar perempuan itu apabila dia berjaya menangkap mata yang dok usha dia dari tadi.

Usha abang ke tu dik oii!

Tercuit hatinya melihat pelajar itu mengalihkan pandangannya ke tempat lain. Dah kantoi jual mahal pulak huh.

Entah kenapa matanya lebih tertarik memandang wajah putih melepak itu dengan muka malu yang memerah.

Sebelum ini, tiada yang berani memandang wajahnya inikan pulak merenungnya seperti gadis itu. Interesting .

I need your loveWhere stories live. Discover now