Bab 1: Sambung belajar??

304 10 0
                                    

DIA terduduk. Bahang akibat jogging tadi semakin membahang. Dipandang tubuhnya itu. Tampak tiada perubahan sama sekali. Dia berasa betul-betul putus asa. Dia merasakan semakin dia berjogging semakin bertambah tambah tembamnya. Tanpa dia sedari,dia mengeluh.

"Zarra,baru balik??" tegur Datin Amirah. Melemparkan senyuman simpul melihat keletihan anaknya itu. "Hmm.. Zarra jogging hari-hari pun,macam ni je mama. Zarra still tembam jugak." keluh Zarra. Nafasnya dihelakan. Datin Amirah ketawa. Lucu mungkin mendengar rungutan anaknya. "Mama!! Kenapa gelakkan Zarra?? Sampai hati mama.." suara Zarra kedengaran sayu. Datin Amirah merenung anaknya penuh kasih. Sebagai ibu,dia faham gelora anaknya itu. Ditambah pula anaknya masih lagi remaja. "Zarra,mama bukan ketawakan Zarra sebab nak lemahkan Zarra ke apa. Zarra bukannya gemuk sayang. Zarra berisi. Zarra tak gemuk sebab Zarra tinggi. Itu kelebihan Zarra.. " pujuk Datin Amirah lembut. "Tapi Zarra ni bukan kategori kurus mama. Zarra nak kurus!!" terasa nak dikuatkan lagi suaranya. Biar jiran-jiran tahu. Biar dunia tahu. "Kalau Zarra nak kurus,senang. Dengar cakap papa malam ni. Ada perkara penting yang mama dengan papa nak bincangkan dengan Zarra. Ok??" kata-kata Datin Amirah mengejutkan Zarra. Alamak!! Apasal papa nak jumpa pulak?? Apa yang aku buat?? Omel Zarra sendirian. Dia pasti. Perkara itu serius. "Zarra?? Ok ke tak??" Datin Amirah bersuara. "Zarra buat salah ke mama? Kenapa papa nak jumpa pula??" tanya Zarra. Meraih jawapan pasti. "Itu rahsia. Malam ni ye sayang." Datin Amirah tersenyum lantas meninggalkan sofa empuk yang turut diduduki Zarra. Zarra tersandar. "Zarra Farhah,apalah salah kau ni??" Zarra memejamkan matanya. Berharap terus hanyut dibuai mimpi.

Datuk Adzim masih meneliti bacaannya. Tampak khusyuk benar. Urusan perniagannya yang terlalu banyak kadangkala menyebabkan dia kurang bersama ahli keluarga. Tapi itu tidak bermakna rumah tangganya yang dibina bersama Datin Amirah bagai melepaskan batok ditangga. Kebajikan isteri dan anak-anak tidak pernah sesekali diabaikan. Dia sedar,kegagalannya menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga bakal disoal di akhirat nanti.

"Abang,makan dah siap. Jomlah makan. Kejap lagi saya panggilkan Zarra. Kan abang nak bagitahu dia sesuatu??" Datin Amirah menepuk lembut bahu suaminya itu. Datuk Adzim mengangkat muka. Melemparkan senyuman kepada isterinya. " Ye. Abang ingat. Kalau macam tu marilah. Nanti lambat tidur pulak si Zarra tu." Datuk Adzim bingkas bangun dari kerusi diikuti oleh Datin Amirah. Setelah Datuk Adzim duduk di meja makan,Datin Amirah melaung memanggil anak bongsunya itu. "Zarra,turun makan!!". "Ye mama!! Zarra turun sekarang!!" laung Zarra dari tingkat atas. Zarra turun sambil menahan getar di hatinya. Berharap agar perkara yang ingin disampaikan papanya itu hanya perkara biasa. "Papa.." Zarra menegur bapanya itu. Seperti biasa,Datuk Adzim tersenyum. Mungkin ingin meredakan hati anak gadisnya itu. "Kita makan dulu. Sambil makan papa bagitahu apa yang papa nak bagitahu " Zarra hanya mengangguk. Selang 15 minit,Datuk Adzim bersuara. "Zarra dah 19 tahun. Papa dah bagi Zarra tempoh rehat setahun selepas SPM dulu. Sekarang dah tiba masanya Zarra sambung belajar." kata-kata Datuk Adzim menyebabkan Zarra hampir tersedak. Oh!! Itulah satu-satunya perkara yang tak mahu didengar oleh seorang Zarra Farhah. "Tapi papa,Zarra dah selesa macam ni. Zarra dah seronok kerja kat butik baju tu. Nanti-nantilah papa," bantah Zarra. "Tak boleh. Sampai bila Zarra nak kerja bawah orang?? Tak nak ada ilmu?? Tak nak bina empayar sendiri??" tegas suara Datuk Adzim. Zarra tunduk. Kelu nak bersuara. "Keputusan papa muktamad. Zarra kena sambung belajar. Minggu depan Zarra akan mendaftar di Universiti." putus Datuk Adzim. "Apa?? Minggu depan??"

Note: Harap novel pendek ini diterima ramai. Tunggu sambungannya..

Cinta AmnesiaWhere stories live. Discover now