1

540 18 6
                                    

"kau tak berhak bahagia! Kau adalah cela. Manusia yang lahir dari hasil dusta manusia."

Jun menangis dan terus menangis. Tangisan dan rengekannya tidak langsung dipeduli orang sekelilingnya.

"Orang macam kau, takde nilai dimata dunia. Kau rasa kau layak hidup bahagia? Darah yang mengalir dalam badan kau adalah hasil dari dosa dua manusia. Kau adalah perosak dunia."

"Tidak! Aku juga manusia. Aku berhak bahagia!" Bentak Jun.

"Kau hanyalah bekas dosa ibu kau. Kau tidak layak diberi taraf manusia yang suci."

Jun menggeleng. "Aku berhak bahagia."

"Kebahagiaan kau bukan didunia."

Jun menangis mendengarkan itu. "Aku juga manusia."

"Kau adalah anak iblis. Kau bukan manusia. Lebih baik saja kau mati."

Serentak itu, Jun terus terjaga dari mimpinya.

Nafasnya berat. Dia cuba mengawal nafasnya. Dia memandang sekelilingnya.

Gelap. Cahaya samar samar dari luar yang menerangi bilik tidurnya. Matanya mulai berkaca.

Tanpa dia sedar, air matanya mengalir dan terus membasahi pipinya.

Ini sudah masuk kali kedua dia mendapat mimpi buruk seperti itu. Sungguh dia keliru. Sejak kebelakangan ini, dia sering mendapat mimpi buruk.

Jun melepaskan nafas berat sebelum mengesat air matanya.

"Jun?"

Bunyi ketukan pintu biliknya membuatnya mengalihkan pandangannya terus kearah itu.

"Jun boleh papa masuk?"

Jun menelan ludahnya sebelum menjawab pertanyaan ayahnya itu.

"Ya pa. Masuklah."

Perlahan lahan pintu terbuka. Jun tersenyum melihat ayahnya yang tersenyum berjalan kearahnya.

"Jun okay?" Tanya ayahnya, Encik Zaidi.

Jun membalasnya dengan senyuman kosong.

"Tadi masa papa lalu depan bilik Jun, papa dengar suara orang menangis. Tu yang papa tanya. Jun menangis ke?"

Jun menggeleng, cuba menipu untuk tidak menambahkan bimbang ayahnya itu.

"Betul ni? Jun okay? Papa risau sebab lately Jun jarang bercakap dengan papa. Selalu jun berbual dengan papa. Kali ni jun senyap je. Masa makan malam pun papa perasan jun tak makan banyak? Kenapa ada masalah kat sekolah?"

Jun mengangkat bahunya. "Entahlah pa. Jun agak serabut lately. Tapi papa jangan risau. Jun rasa jun cuma perlukan masa je kot. Papa pergilah tidur dulu. Nanti auntie Ros risau papa takde kat bilik."

Encik Zaidi tersenyum. Dia terus mengusap rambut anak lelakinya itu.

"Okay. Kalau macam tu, Jun tidur tau. Esok sekolah. Dah pukul 3 dah ni. Kalau susah nak tidur, basuh muka, minum air suam okay."

Jun mengangguk faham. "Okay pa. Goodnight. Papa tidur awal juga tau. Tak elok tidur lambat. Papa ada darah tinggi. Bahaya."

Encik Zaidi tersenyum. "Okay. Selamat malam jun. Tidur tau."

Jun mengangguk sekali lagi untuk meyakinkan ayahnya itu.

Sebaik sahaja Encik Zaidi beredar dari bilik anaknya, Jun kembali termenungkan nasib dirinya.



--




"Jun, kerja sekolah dah siap?" Tegur Puan Ros, isteri kepada Encik Zaidi.

JunWhere stories live. Discover now