2

386 21 3
                                    

Pagi itu langit kelihatan begitu cerah sekali. Jun sedang menunggu rakan baiknya, Adam dan Shila hadir kesekolah. Naim sudahpun hilang menguruskan urusannya.

Sambil menikmati angin sejuk pagi itu, tiba tiba sahaja dia ditegur oleh seseorang.

"Jun, busy ke sekarang?"

Jun terus mengalihkan pandangannya.

"Tan. Tak. Saya tak busy. Kenapa?" Balasnya tersenyum.

"Hmm. Saya ada beberapa soalan nak tanya tapi nanti sajalah. Kalau waktu rehat you busy ke?"

Jun berfikir sejenak.

"Hmm saya rasa saya tak busy. Kenapa ya?"

"Boleh tak you teman saya makan. Saya ada benda nak dibualkan." Tanya Tan.

Jun mengangguk teragak agak. "O-okay. Boleh."

Tan tersenyum mendengarkan itu. "Terima kasih. Nanti masa rehat saya tunggu you depan kelas ya. Bye."

Jun ketawa kecil melihat Tan yang berjalan pergi darinya. Entah mengapa dia berasa pelik dengan ajakan Tan yang tidak pernah rapat dengannya sebelum ini.

"Woi! Senyum apa sorang sorang."

Tiba tiba sahaja Jun disergah oleh seseorang.

Jun tersenyum melihat orang itu.

"Adam. Asal lambat?"

Adam ketawa senang melihat sahabat baiknya itu.

"kau tahu tak aku lambat sebab aku nak tunggu minah ni ha."

Adam menjuihkan bibirnya kearah Shila yang baru sampai ditepinya.

"Woi! Jun kau dah makam belum?" Sapa Sheila dengan senyuman dan suara lantangnya.

Jun ketawa. "wey Shila kau kalau pagi pagi tak menyalak tak boleh ke?" Tegur Adam.

Seila membuat mimik muka hodohnya terhadap Adam.

"Korang ni asal jumpa mesti bergaduh. Dah macam pasangan suami isteri." Jun ketawa sambil menggelengkan kepalanya.

Serentak itu Adam berteriak."Woi gila apa! Aku ni abang dia tau. Gila incest jijik tak mau aku."

"Hello! Kau dengan aku kembar tau. Kau bukan abang aku pun."

"Aku lahir awal dari kau apa."

Shila berpura pura muntah. "Tolonglah. Kau lahir sejam awal je eh. Kita beza jam bukan hari atau tahun."

Adam terus memukul adik kembarnya itu. "Kau ni senyaplah. Kat rumah kau memekak. Sini pulak kau nak menyalak."

Shila terus memandang Adam tajam. "Siap kau balik nanti. Aku bagitahu mak pasal rahsia kau. Dah lah. Aku nak jumpa Faiz. Bye."

Shila terus berjalan pergi meninggalkan kembar dan sahabatnya.

Adam menggeleng. "Apa nak jadi dengan adik aku tu. Macam manalah Faiz boleh nak kat dia. Tak geli ke kalau perempuan suara macam mikrofon macam tu."

Jun ketawa. "kau pun satu. Dia kan kembar kau. Tak baik lah kau kutuk dia macam tu."

Adam mengeluh panjang. "Entahlah. Ni Jun. Kau dah tahu nak buat karangan pasal apa? Kau bukan tak tahu Encik Shark macam mana."

Jun tersengih seperti kerang busuk. Perlahan lahan dia menggeleng. "Belum. Aku takde idea lagi."

Adam memasang riak wajah sedih. "Takpe lah sahabat. Sama samalah kita mati ditangan Encik Shark."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 04, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

JunWhere stories live. Discover now