Chap 1

1.6K 72 5
                                    

Langkah Damia di perhatikan sejak dia mula melangkah masuk ke dalam dewan itu. Semua wartawa sudah tidak sabar untuk menyerang dengan peluru soalan-soalan panas. Ada beberapa di antara mereka sangat anti pada model cantik itu ada juga antara mereka yang mahu gunakan berita sensasi berkaitan skandal dadah untuk meraih rating yang tinggi.

Damia duduk. Felix pengurusnya yang juga merupakan kekasihnya masih tidak kelihatan sejak tadi. Dia terpaksa juga masuk ke dalam dewan itu kerana di paksa oleh pihak wartawan. Dia sendirian menghadap puluhan wartawan yang tidak sabar membuka aibnya.

“Good evening all...” Pengacara mula bersuara. Dia memandang sinis pada Damia. Selama ini dia juga anti pada model itu. Dahulunya model itu di kenali sangat sombong dan angkuh. Perna beberapakali menolak tawaran hanya kerana bayaran yang tidak setimpal.

“Seperti yang kamu sedia maklum. Hari ni Cik Damia Winter akan jelaskan tentang skandal yang melanda beliau. Jadi saya minta kamu bersabar dan dengar dulu apa yang dia mau cakap sebelum kamu serang..okay?” Kata pengacara itu dengan sinis.

Damia masih diam. Dia tidak tahu di mana harus dia mulakan. Dia perlukan Felix ketika itu. Selama ini hanya Felix yang berdepan dengan wartawan dan pihak umum. Dia tidak perna ambil tahu. Apa yang dia tahu hanya catwalk di pentas peragaan.

“Kalau diam saja sampai esok pun nda siap ni temubual..” Bilang salah seorang wartawan.

“Itulah..!” di sokong oleh mereka yang lain. Mata mereka memandang tajam kearah Damia.

“Maaf....saya....urmm..” Damia gugup.

“Cik Damia, bagus lagi cik akui sahaja skandal tu. Lagi pun polis sudah jumpa buktikan.. Tapi ya lah, orang berduit macam Cik Damia memang boleh lepaskan..”

“Tidak. Itu cuma salah faham. Saya tidak perna terlibat dengan dadah atau alkohol termasuk pil-pil terlarang. Saya diperangkap....”

“Jawapan klise.. biasalah artis memang begini...”

“Tidakkk!!! saya bukan begitu!” Damia menghentak meja dan terus berdiri. Semua wartawan mengambil gambarnya.

Akibat terlalu tertekan. Dia terus lari keluar dari dewan tersebut. Tidak ada seorang pun guards yang membantu dia.

Dia terpaksa menghadap sendirian semua itu. Dia berlari masuk ke dalam lift. Sambil menekan butang lift dia mengesat air matanya. Pintu lift hampir tertutup tapi terbuka bila di tahan oleh seseorang.

Matanya memandang jejaka yang masuk. Jejaka yang segak tampan itu melangkah masuk tanpa menghiraukan dia. Pintu lift tertutup.

Damia berdiri di belakang sambil menahan esakkan. Hidupnya sudah musnah dan hancur. Dia sudah tidak dapat berbuat apa-apa lagi.

Sampai di tingkat bawah pintu lift terbuka. Damia mahu keluar tetapi di tahan oleh jejaka itu. Dia memandang jejaka yang segak berkaca mata itu.

“Kalau kau keluar hidup kau akan betul-betul berakhir...” Kata lelaki itu.

“Kau peduli apa? Hidup saya! Argg!” Damia menolak tangan lelaki itu dan terus melangkah keluar. Langkahnya di perhatikan sahaja.

Damia terus menuju ke parking lot. Dia masuk ke dalam keretanya dan terus meninggalkan kawasan itu. Air matanya jatuh membasahi wajahnya. Make upnya hancur ..rosak...rabak....

dia tiba di kondo mewahnya. Dari jauh dia nampak tu wartawan lain sedang menunggu di sana.

“Arg! Kenapa kamu nda buli kasih biar saya?! Arggg!” Damia menjerit sendiri di dalam kenderaannya.

Dia terus pandu laju tinggalkan kawasan itu. Memandu tanpa arah tuju di ibu kota. Fikirannya serabut. Teringat ketika dia di tahan oleh pihak polis dua minggu yang lalu kerana di syaki terlibat dengan dadah. Bukti tidak kukuh dan dia di bebaskan. Tetapi di sebabkan berita itu tersebar, dia menjadi buruan wartawan. Semua cerita silamnya di bangkit. Kontraknya dengan beberapa syarikat ternama di tamatkan serta merta. Semua tawaran kerja yang yang dia dapat juga di tarik balik. Felix orang yang paling dia percaya hilang begitu sahaja meninggalkan dia.

“Apa mau jadi sama hidup saya ni? Kerjaya saya? Semua orang mau kasih jatuh saya! Apa saya mau buat sekarang ni?! Arggg!” Damia menjerit lebih kuat. Dia menekan minyak dan memandu lebih laju entah kemana. Dia hanya mengikut gerak hatinya.

Seharian dia memandu hingga penat. Dia tiba di sebuah kawasan yang terpinggir dari kota. Lautan yang luas itu di tenung lama. Perlahan dia keluar dari kenderaan dan berjalan menuju ke persisir pantai. Tidak ada seorang manusia pun yang dia lihat di sana. Hanya dia sahaja.

Bunyi kicauan burung di waktu yang hampir senja itu mencuri perhatian dia. Dia lihat burung yang terbang bebas.

“Kalaulah saya bukan manusia...” Keluhnya. Dia berjalan di persisir pantai dan menghirup udara segar pantai.

“Jauh betul kau bawa diri...” Damia menoleh. Dia lihat seorang jejaka di belakangnya.

“Kau? Kau lelaki dalam lift tadikan?” Damia mengerutkan dahinya. Jejaka itu senyum.

“Saya Hanz...” Dia hulur tangan tetapi tidak di sambut oleh Damia.

“Kau stalk saya? Huh? Kau ni pun wartawan jugakah?!” Marah Damia.

“Yes. Saya stalk kau. Tapi saya bukan wartawan...” Hanz senyum.

“Kenapa kau ikut saya? Apa kau mau? Atau kau ni dari mana-mana persatuan amal? Atau FBI? CSI? SWAT? Kau mau cek saya kalau-kalau saya seludup dadah? Huh?!” Damia terus memuntahkan kata-katanya.

“Urmm... jauh betul angan-angan kau tu sampai mau jumpa FBI,CSI,SWAT...” Hanz ketawa kecil. Damia angkat kening geram.

“Jadi kau siapa?!” Damia semakin lantang.

“Saya Hanz. Your fans...” Jujur Hanz memperkenalkan dirinya membuatkan Damia terdiam. Dia tunduk dan terasa sangat segan.

“Saya Damia Winter...” Kata Damia.

“Saya tau...” Hanz senyum.

“Kau ikut saya dari siang tadi?” Tanya Damia lagi. Kali ini suaranya agak lembut.

“Yup. Saya ada datang masa sesi temu bual kau tadi. Kau lari keluar saya pun ikut... Kau okay?” Tanya Hanz pula.

“Kau rasa? Kemarin saya di sanjung dan di puja. Hari ni saya di hina dan di buang. Fitnah di sekeliling saya...” Damia cuba tersenyum.

“Jangan putus asa. Kau masih ada peluang perbaiki kelemahan kau ni...”

“Kelemahan? Saya tidak buat apa-apa salah. Kenapa pula ini satu kelemahan saya? Saya di fitnah...!” Damia membuang mukanya.

“Janganlah marah. Jadi apa plan kau sekarang ni?”

“Saya tiada plan. Mungkin saya mau pigi tinggal di hutan dan menghilangkan diri. Saya malu dan tertekan berdepan dengan semua ni...” Damia terus duduk memeluk lutut seperti anak kecil.

“Lari tidak akan selesaikan masalah..”

“Kau senanglah cakap sebab kau tidak lalui apa saya lalui... Kau tu cuma orang biasa. Saya ni? Supermodel terkenal. Apa kau tau?huh!” Damia masih saja sombong dan bongkak.

Sikapnya tidak perna berubah sejak dulu. Mungkin kerana itu juga dia ramai musuh dan ramai yang ingin jatuhkan dia.

“Yes. Saya orang biasa. Saya mana tahu pasal dunia glamor ni. Kita jauh berbeza. Kau umpana bintang di langit saya pula umpama pasir di pantai ni.” Seloroh Hanz.

“Diamlah.” Damia menjeling tidak suka.

“Jadi betul-betul mau tinggal dalam hutan?” Hanz senyum.

“Hidup saya sudah hancur...” Dami mengeluh.

“Ini kad saya. Call saya kalau perlukan apa-apa bantuan...” Hanz serahkan kadnya. Damia ambil dan lihat.

“Hanz Erd? Pelik nama kau ni. Ada kad lagi.. Kau bisnes apa ni?” Damia senyum sinis.

“Saya bisnes... jual bom...” Hanz ketawa.

“Yeah... kelakar la tu....” Damia terus buang muka.

Dia menoleh kearah pantai untuk seketika. Bila dia toleh semula Hanz sudah tidak ada. Jejaka itu hilang begitu sahaja. Liar mata Damia melihat sekeliling. Hanz betul-betul hilang dari pandangannya.

“Mana dia.....?”

Bersambung...........

Bad RomanceWhere stories live. Discover now