:1

27 3 0
                                    

Haemin*

Aku bingkas dari tidur. Jam menunjukkan 6 pagi. Masih awal. Aku turun dari katil dan mandi.

Seusai mandi aku bersiap ke dapur untuk menyediakan sarapan. Semua sendiri.

Eomma? Appa? Mereka tinggal di Canada. Eomma sebelum ni tinggal di Korea bersama aku. Tapi dua tahun lepas dia ingin berpindah ke sana bersama appa. Aku enggan. Di sini aku lebih ramai kawan. Ada nenek sekali yang aku boleh jenguk seminggu sekurangnya sekali.

Aku sediakan pan dan telur untuk memasak. Nugget aku gorengkan dan hidang. Jus epal dalam peti juga aku keluarkan. Sarapan mudah.

Selepas siap bersarapan pada awal pagi, aku bersiap ingin ke sekolah. Jam menunjukkan 7.30 pagi. Pukul 7.45 aku gerak.

---

Hari ini ramai yang hadir. Perhimpunan nampak penuh. Aku ambil tempat aku di barisan kelas.

Jiyeon. Mana Jiyeon? kat depan. Biarlah.

Perhimpunan bermula seperti biasa. Speech hambar daripada guru. Dan tamat.

Aku bangun dan bersiap sedia ingin ke kelas.

"Ouchh!" ada orang mencubitku.

Sibal. Jiyeon.

"Kau ni aku cubit sikit pun nak terjerit macam anak kambing." tegur Jiyeon.

"Sakit tahu tak? panggil tak boleh ke? panggil? Aku ada nama kan? hish." aku mendengus.

"Okay-okay, cane eh nak hapuskan kemarahan kau ni. hmmm biar aku pikir...ha apa kata aku belikan kau headphone baru?"

Aku diam.

"Taknak? kalau macam tu, apa kata aku payung kau cinema malam ni? Nak?"

Aku diam lagi. Langkah aku lajukan. Dari ekor mata aku nampak dia terkejar-kejar. Kelakar.

"Taknak jugak? haih. Ha yang ni mesti kau nak kan..tak mungkin kau tolak..hmm kalau tanak jugak ni kau sakitlah agaknya..Apa kata aku belanja kau...BUBBLE TEA UNTUK SEMINGGU?"

"Bubble tea? Nak nak!" mata aku bercahaya mendengar bubble tea.

Aku obses dengan objek tu. Sehari mesti sekurang-kurangnya secawan. Paling banyak 5 cup. Sedap-ah~~

"HAHAHAHAHA kan aku dah kata. Tak marah dah eh? eh? eh?" Jiyeon ketawa kuat.

"ha yelah tak." aku mencebik.

---

Aku hanya diam di dalam kelas. Penatlah. Jiyeon di sebelah pun terlelap.

Hari ni Cikgu Sanha ade mesyuarat. Jadi kelas kami kosong sepenuhnya. Murid-murid bebas. Tapi kebanyakannya bersembang dan siapkan kerja sekolah. Tiada yang keluar merayap.

Sedang aku ralit termenung ke luar tingkap. Seseorang berjalan melintasi pandanganku. Tak pernah nampak pulak dia sebelum ni.

Dia masuk ke kelas sebelah. Kedengaran ramai yeoja menjerit. Eeeyew. Gediknya.

Budak baru kut. Ah peduli. Baik aku tidur.

Dahi aku tampalkan ke meja. Ditutup dengan tangan dan buku.

"Annyeonghaseyo. Boleh saya pinjam satu kerusi?" ada suara asing menerjah telingaku.

Aku angkat kepala. Eh? budak tadi. Aku terpana seketika. Terkaku. Dengannya.

Putihnya dia. Kulit dia macam susu. Yang ditaburi kristal-kristal kecil. Ia bersinar. Mata. Mata yang kecil dan bibir yang mungil berwarna pink kemerah-merahan. Mekar. Rambut berwarna campuran hitam dan coklat sedikit kusut menambahkan lagi kecomelannya. Jaket Trasher hitam dengan t-shirt fred perry plain di dalam bersama skinnee jeans dark blue ditambah koyakan di lutut serta sneakers balenciaga menerangkan bahawa dia seorang yang sempurna. Kerli-

[Thanks to be mine : MYG] •malay ff•Where stories live. Discover now