Bab 1

14 1 0
                                    

"kamu semua rehat dahulu. Minggu depan jangan lupa datang ya." tenang saja King memberi arahan.

"Elya macam mana keadaan RS." segera Elya memeriksa di dalam ipadnya.

"keadaan mereka semakin baik dan luka Lyna hampir sembuh. Dr.Yana kata seminggu lebih ia sembuh sepenuhnya."panjang lebar Elya menerangkan keadaan RS.

Tok tok tok

"errr King, Queen telefon kata nak datang sini." King hanya memandang.

"dia on the way ke?" tenang King menanya.

"yup. Sekarang dia di lobi masuk utama." hampir terkeluar biji matanya apabila mendengar.

"kenapa kamu inform lambat sangat." sepantas kilat dia mengemas biliknya. Pekerjanya hanya melihat tanpa membantu.

"kalau saya bagitau awal nanti awak sempat kemas bilik ni." pergerakkan yang laju itu semakin lama makin perlahan.

"kamu berdua boleh keluar. Biar saya uruskan dia." laju saja pekerjanya keluar.

Tahulah mereka apa yang akan berlaku sebentar lagi.

"errrrr, sa..sa...sayang buat apa dekat sini." sedikit tergagap King berkata dan melihat keadaan bilik yang masih belum kemas sepenuhnya.

'mampus aku'

"kenapa? kalau saya tak datang nanti awak tak kemas bilik ni." kata Queen denga tenang, tapi mampu membuatkan King terdiam.

"saya bagi 15 minit untuk kemas bilik ni." kata Queen dan terus meninggalkan bilik itu.

"hihihi, ada orang kena marah la." King segera berpaling ke arah pintu.

"mari sini tolong ayahanda kemas bilik." kata King tanpa memandang kearah anaknya.

"tak nak, nanti bonda bising." dasar anak tak sedar diri. Langsung tak mahu membantu ayah yang dalam kesusahan.

"auwwww, sakit bonda." terasa seperti hendak tercabut telinga anaknya, King tersenyum cuba menahan tawanya daripada terkeluar.

"kalau kamu nak kemas sangat baik kamu kemas bilik kerja kamu yang macam kapal karam." sudah ditarik, di angkat pula telinga anaknya itu.

"awuuuu, mampus aku hari ni." terjengket jengket anaknya. Geram dengan kata anaknya lagi kuat di tarik telinga itu.

Awuuuuu

Sebaik saja telinga dilepaskan, anaknya terus melarikan diri. Serik la tu.

"jom pergi lunch." kata Queen dan King terus megikuti langkah Queen.

"tadi saya ada nampak empat orang lelaki. Mereka turun dari sini, orang baru ke?" tanya Queen, tapi King terlalu khusyuk dengan makanannya.

"auch, sakitla sayang." King segera menggosok kakinya.

"saya yang ambil mereka." kata King dan menyambung semula makanannya.

"jadi diorang dah dilatihkan?" tanya Queen. King hanya mengangkat bahu.

"saya ingat nak minta tolong RS." Queen hanya mengangguk.

"hmmmm, jarang awak nak minta tolong RS." tangan Quenn terhenti.

"saja...saya nak tengok kalau apa yang terjadi nanti" King sempat mencuri sedikit makanan dari pinggan Queen.

"harap tiada perkara buruk akan berlaku." kata mereka serentak dan ketawa.

"hahhaha, awak jangan ingat saya tak nampak. Bagi balik makanan saya." King hanya tersengih dan terus masukkan ke dalam mulutnya.

"tidur luar malam ni." Queen terus menyambung makan.

'macam mana aku nak pujuk dia'

Manakala King menangis, menyesal dengan perbuatannya mencuri makanan Queen. Akibatnya, tidur luar malam nanti.

Royal AgentWhere stories live. Discover now