6

104 5 1
                                    

Jarang orang menyukai rumah sakit . Kebanyakan membencinya . Mungkin kerana bau ubat ? Takut mayat ? Takut di cucuk ? Entah la .

Seorang perempuan yang agak tinggi itu berjalan menuju ke katil pesakit tu .

Di dalam bilik wad , terdapat seorang lelaki yang sedang duduk di tepi katil sambil membetulkan selimut lelaki yg sedang tidur di atas katil itu sebagainya pesakit . Siapa lagi kalau bukan Aliff .

Saat khairi hendak cuba memanggil aliff tetapi pintu bilik itu tetap tidak terbukak juga . Dengan perasaan yang tidak sedap , dia mengambil kunci cadangan lalu membukaknya . Khairi terkejut bukan main saat melihat aliff terbaring di lantai biliknya dengan hidung mengalir darah . Tanpa menunggu lagi , khairi segera mengendong aliff pergi ke hospital diikuti dengan Ain .

" Saya dah bagitau tan sri . Tapi dia tak dapat balik dengan segera but she say akan cuba juga balik " ucap perempuan itu , siapa lagi kalau bukan Ain Natasya , pembantu Tan Sri Azhar .

Khairi hanya mengangguk perlahan sambil memegang erat tangan adik iparnya yang dipasang infus itu .

" Ada sesiapa2 orang dekat rumah tahu hal ni ? " Soal khairi kepada Ain . Dia hanya pelik, kenapa tiada seorang pun datang ke hospital sedangkan mereka sudah 4 jam di sini .

Ain menghela nafas " saya dah bagitau Mak Jah . Tapi dia cakap , Aniq hanya keluar tanpa beritahu kemana , Aireen pulak katanya penat dan Arief ...

BRAK !

Pintu bilik wad di buka dengan kasar . Ain dan Khairi terkejut saat melihat seseorang di pintu itu .

Arief Faliq .

Arief dibuat panik selepas Mak Jah memberitahunya aliff masuk ke hospital . Arief yg baru saja pulang dari kolejnya , terus memecut keretanya menuju ke hospital .

" Arief .. " khairi bangun dari tempat duduknya dan memanggil perlahan adik iparnya itu .

Arief perlahan mendekati adiknya yang sedang menutup mata dengan wajah yang tidak boleh di kata baik baik saja . Arief tidak sanggup melihat adik kesayangannya kesakitan begini .

" Aliff kenapa abang ? " Soal Arief sambil tidak melepaskan pandangannya melihat Aliff .

Khairi Najmi menghela nafas dengan berat , dia melihat Ain yang sedang memerhatikan mereka .

" Ain , awak boleh balik dulu . Terima kasih tolong saya " ucapnya dengan lembut .

Ain mengangguk . Mungkin ada perkara yang melibatkan keluarga untuk mereka bincangkan . Tanpa membuang masa , Ain mengambil beg tangannya lalu keluar dari wad itu .

Khairi menghampiri katil Aliff .

" Demam panas , stress , kurang rehat dan kelelahan  . Rief jgn risau " ucapnya sebagai doktor walaupun bukan dia yg merawat .

" Ada sesuatu terjadi dekat rumah ke ? " Soal Arief padu .

Khairi terdiam . Kuat sungguh firasat seorang abang .

Khairi memegang bahu adiknya itu " baliklah , dah malam ni . Arief mesti tk rehat lagi , abang boleh Jaga aliff " katanya .

Arief mengeleng tapi khairi tidak suka penolakan . Akhirnya dia akur , dengan tidak rela , dia pergi meninggalkan adiknya dan abangnya tidak jugak lupa memberikan ciuman di dahi adiknya yg sedang tidur pulas itu .

Khairi duduk di sofa di bilik wad itu . Dia melihat Aliff yang masih tidur itu . Tetapi , baru sahaja pintu itu di tutup rapat oleh adiknya . Kini pintu itu dibukak kembali oleh sahabatnya , Dazrin .

Hilang . Where stories live. Discover now