#136

15 1 0
                                    

BACA UNTUK ILMU.

.

Al Imam Al-Ghazali Rahimahullah membahagikan “PENYAKIT” kepada dua bahagian.
.
1. Penyakit Zahir
2. Penyakit Batin
.
Penyakit Zahir adalah seperti penyakit yg dialami pada tubuh badan kita. Contoh, sakit jantung, sakit paru-paru, sakit kaki / tangan dan lain-lain lagi. Penyakit zahir kebanyakan berpunca daripada kesalahan manusia dan akibat perbuatan manusia sendiri seperti tak menjaga kesihatan, tak jaga makan, dan sebagainya. Penyakit zahir boleh diubati? Ya! Penyakit ini mudah dicari pengubat atau perawatnya, kerana wujudnya Ilmu Perubatan yg melahirkan ramai “Doctor” di dunia.
.

Penyakit Batin pula adalah penyakit yg tersembunyi yg tidak dapat diketahui oleh pancaindera manusia. Ramai yang tak sedarrr mereka menghidap penyakit ini!

Contohnya penyakit riak, hasad dengki, takabbur, dan lain lain lagi. Penyakit ini kebanyakan berpunca daripada nafsu dan juga kelemahan rohani.
.
Macam mana nak ubati Penyakit Batin?
Caranya ialah dengan kita “Tazkiyyatun Nafs”
Peyucian jiwa. Bersihkan jiwa dan “charge” rohani kita dengan :
.
1. Banyakkan zikir LailahaillaAllah
2. Jaga Solat Fardhu lima waktu dan lazimi Solat Sunnat Rawatib
3. Cari “Murabbi” Guru sbg pembimbing
4. Hadirkan diri ke Majlis Zikir / Majlis Ilmu
5. Jauhi tempat2 Maksiat

Moga Allah pelihara kita daripada segala Penyakit. Allahumma Amin.

Tarbiah untuk semua.Where stories live. Discover now