misi pertama : gambar

642 31 15
                                    

Nama aku ? Choi Yeonjun . Aku merupakan pelajar tahun ke-2 di University Seoul . Aku mengambil jurusan culinary arts .

Mesti pelik kenapa lelaki ambil kos masak-masak. Ada sebabnya kenapa aku ambil kos masak-masak ni. Mesti nak tahu kan ? Hehe . Sebenarnya ..

Aku ambil kos ni sebab aku minat dengan seorang perempuan . Dia satu sekolah dengan aku dan aku tak jangka yang aku boleh sama kos dengan dia . Tapi dia pelajar tahun pertama.

Nama dia Park Mirae . Aku agak rapat dengan abang dia iaitu Park Jihoon . Aku mula terpikat dengan adik Jihoon sebab waktu aku dan Jihoon graduasi , adik dia ada sekali . Katanya nak tengok abang dia graduasi .

Aku tua setahun daripada Mirae . Tapi apa yang aku suka pada perwatakan dia ialah , dia seorang yang pendiam , lemah lembut dan aku suka bila dia tengah malu nanti muka dia jadi merah . Dia terlalu comel bagi aku . Haha !

Reading mode

" kau termenung apa Yeonjun ? Siap tersengih-sengih macam kerang busuk . " kata Jihoon disebelah aku . " aku cuma teringat tentang hal semalam , aku jatuh bilik air " kata Yeonjun sambil menggaru kepalanya .

" oh ya Jihoon , adik kau mana ? " Yeonjun cuba tukar topik . " Dia di perpustakaan . Katanya nak ambil buku resepi masakan timur . " kata Jihoon sekali sekala meneguk minumannya yang agak sejuk itu . Yeonjun sekadar mengangguk .

Tiba-tiba Mirae datang ke arah meja abangnya . " maaf adik lambat . " Mirae duduk dihadapan Yeonjun . " eh Yeonjun senior pun ada sekali ? Hai ! " sapa Mirae dengan riang kepada Yeonjun . " h-hai Mirae " Yeonjun membalas dalam keadaan tersipu malu . Mirae membalas sapaan Yeonjun

" kau tak payah nak shy shy ton sangat Yeonjun . " kata Jihoon memandang rakannya dengan pandangan yang pelik . " abang , harini adik nak kena guna laptop untuk buat assignment. "

" dah cakap dengan ibu ke ? " Jihoon menyoal adiknya sesekali sambil meneguk minumannya itu. " dah tapi ibu kata dia tak sempat nak hantarkan laptop pada adik. Assignment kena siapkan dalam masa 3 minggu ."

" peluang nak jadi hero ni hehe "

" Mirae , apa kata kalau kita buat sama-sama. Saya ada laptop , pendrive pun ada lebih. Kalau nak print , Beomgyu ada printer . Jomlah buat sama-sama . " Yeonjun mula mempelawa Mirae . Mirae berfikir sejenak tentang cadangan Yeonjun itu

" tu Yeonjun nak tolong. Buatlah sekali. Kamu berdua bukan dalam kos yang sama ? " Mirae memandang abangnya dan Yeonjun silih berganti . " tak menyusahkan senior ke ? " tanya Mirae lagi kepada Yeonjun. " sudah tentu tidak . Nanti kita boleh siapkan sama-sama dan hantar secepatnya. " cadang Yeonjun lagi .

" ai ai kapten ! " jawab Mirae dengan riang. Akhirnya gadis itu bangun untuk berlalu masuk ke kelas. " adik nak masuk kelas dulu. Kelas dah nak mula kejap lagi. " pinta Mirae sebaik sahaja dia bangun daripada tempat duduknya.

" kau bukan sekali ke Yeonjun ? " soal Jihoon kepada Yeonjun. " nak pergi lah ni. Takkan aku nak ponteng kelas pulak. " Yeonjun juga bangun daripada tempat duduknya. Jihoon sekadar mengangguk.

" pergi kelas jangan ponteng pula . " tegas Jihoon kepada adiknya Mirae dan sahabatnya Yeonjun. " aku bukan macam Woojin yang kerja ponteng kelas. " kata Yeonjun sambil tertawa. Jihoon juga ikut tertawa.

Yeonjun P.O.V

Aku masih memerhatikan gadis pujaan aku. Sebenarnya aku tak fokus pun apa yang Lect ajarkan. Sampailah..

" berangan je ! " aku terkejut. Soobin galah rupanya. Sibuk sahaja dia ni. " diamlah kau. " aku menepis lengannya yang sedikit sasa itu. Dia sekadar tertawa. Aku mula fokus pada apa yang diluahkan oleh Lect.

" jadi saya nak assignment tu mesti siap dalam masa 3 minggu dan ada atas meja saya. Tiada alasan untuk tidak siap. Masa pun dah tamat. Kamu semua boleh bersurai . " ucap Lect pada pelajar-pelajarnya. Akhirnya mereka bersurai.

Masing-masing mula bersurai dan balik ke asrama . Soobin mengikut aku dan Beomgyu sampai ke asrama kami berdua . Katanya mahu bergosip. Tapi makin membuatkan aku tidak selesa pula.

" kau berangan apa tadi Hyung ? Bukan main khusyuk lagi kau. " tanya Soobin sambil menggelakkan aku disebelahnya. Habis merah padam muka aku itu dibuatnya lelaki galah tersebut.

" sibuk hal orang sahaja. Pergi sana. Kacau saja. " aku menolak badan Soobin yang tinggi seakan-akan pokok kelapa disebelah aku. Soobin masih kaku disebelah aku. " okay aku pergi. Jom gyu kita dating ! " Soobin kini beralih kepada Beomgyu.

Fokus lelaki itu mula terbantut akibat teguran Soobin yang memecahkan fokus Beomgyu terhadap bukunya. " bising lah kau pokok kelapa. Pergi balik dorm kau sana ! " mahu sahaja Beomgyu membaling bukunya yang agak tebal itu kearah Soobin.

Akhirnya lelaki galah itu beredar dari dorm aku dan Beomgyu. " tetamu tak diundang. " Beomgyu mengomel sendirian. Bukunya diletakkan ditepi. Telefon pintarnya dicapai.

" eh Mirae follow aku dekat instagram ? Sejak bila dia ada akaun instagram ? " aku terdengar dari mulut Beomgyu. " dia ada akaun instagram ? " tanya aku kepada Beomgyu. " ni dia follow aku. "

Aku pergi ke katil Beomgyu dan melihat pada skrin telefon milik Beomgyu. " Kau tak follow dia ke ? Dia baru buat ig ke ? " aku mula bertanya kepada Beomgyu.

" kalau tengok akaun instagram dia, dah ada 23.5k pengikut. " bukti yang ditunjuk oleh Beomgyu. Sumpah aku terkejut , aku punya pengikut di instagram pun tak sampai 4k . Aku punya pengikut baru mencecah 2k. Sikit bukan ?

Aku tak popular. Sekurang-kurangnya aku sedar diri. Aku bingkas bangun daripada katil Beomgyu dan duduk di birai katil aku. Aku mengambil telefon pintar milikku dan membuka aplikasi instagram.

Aku mencari akaun instagram Mirae. Its.MiraePark . Dan aku tekan butang follow . Siap ! Tak sampai 2 saat  .

Its.MiraePark started following you.

Bahagianya hidup bila pujaan hati followback. Aku rasa macam nak menjerit sekarang ni. Dan misi aku sekarang adalah. Dengan menekan butang ♡ pada setiap gambar pada akaun instagram dia.

Tak banyak pos. Cuma 30 pos sahaja. Sumpah aku cair tengok gambar Mirae. Aku memuat turun satu gambar daripada akaun instagramnya dan aku letak sebagai wallpaper telefon aku.

Bijak bukan aku ? Misi pertama sudah selesai dan misi yang kedua ialah aku mesti rapatkan diri dengan Mirae. Aku harap berjaya! Ini Choi Yeonjun lah . Mesti dapat apa yang aku nak.

Tapi aku tengok Mirae tak rapat dengan lelaki selain abang dia, Park Jihoon. Eh sekejap ! Dia rapat dengan apa tu ya nama budak tinggi dari Taiwan tu.

Oh ya ! Lai Kuanlin. Tak boleh jadi. Aku mesti rapat dengan Mirae walau apa pun. Aku mesti dapatkan Mirae. Aku mesti jauhkan Mirae daripada Kuanlin. Mirae mesti jadi milik aku.

Reading mode

" ya aku akan dapatkan hak aku ! " Beomgyu terkejut dengan suara yang tiba-tiba memecahkan kesunyian didalam dorm tersebut. " hyung okay ? Kena sampuk hantu ke ? " Yeonjun yang tersedar dengan perbuatannya terus duduk. Malu menguasai dirinya.

" tak ada lah. Saja tengah berlakon untuk pemilihan watak untuk teater tu. " Yeonjun tersengih dihadapan Beomgyu. Beomgyu menggaru kepalanya tanda pelik dengan perangai Yeonjun yang cakap seorang diri.

Tbc

[COMPLETE] Misi Memikat Pujaan Hati → Choi YeonjunWhere stories live. Discover now